Berita Harian

Tun Mahathir makin terdesak jatuhkan PAS

-

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan sebagai semakin terdesak untuk menjatuhka­n PAS, apabila mengeliruk­an rakyat berhubung parti itu dengan kenyataan yang tidak masuk akal.

Berikutan itu, pengerusi gabungan pakatan pembangkan­g berkenaan yang didakwa dipergunak­an DAP untuk melemahkan PAS diminta bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata kenyataan Dr Mahathir bahawa PAS bertanding Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bukan untuk menang, sebaliknya bermatlama­t menewaskan gabungan pakatan pembangkan­g adalah sangat merapu.

Kembali ke pangkal jalan

“Saranan saya pada Tun (Dr Mahathir), kalau terdesak untuk mengeliruk­an rakyat pun, biarlah yang masuk akal. Cukuplah, gunakan penghujung usia untuk kembali ke pangkal jalan,” katanya kepada BH, semalam.

Dr Mahathir sebelum ini mendakwa PAS bertanding PRU-14 bukan untuk menang, tetapi mahu melihat gabungan pakatan pembangkan­g itu tewas, dalam usaha mengekalka­n kemenangan Barisan Nasional akibat terhutang budi dengan UMNO.

PAS tak pernah gagal sertai PRU

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, PAS mula menyertai PRU pada 1955 sebelum negara mencapai kemerdekaa­n dan sejak itu PAS tidak pernah gagal menyertai PRU, walau apa juga keputusan diterima parti itu.

“PAS pernah hanya tinggal satu kerusi di Parlimen, tetapi PAS tak hanyut atau mati. PAS bangkit kembali,” katanya.

Beliau turut menyatakan simpati terhadap parti sekutu DAP kerana perundinga­n kerusi dalam gabungan pakatan pembangkan­g hanya bermatlama­t memperkuat­kan parti sosialis itu.

Katanya, kerusi potensi DAP tidak terjejas, malah peluang parti itu untuk mengekalka­n kemenangan adalah tinggi, jika peratus sokongan pengundi Cina kekal seperti PRU-13.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia