Berita Harian

Kata dua untuk Mahfuz

-

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar terus didesak memohon maaf kepada Sultan Pahang kerana mengeluark­an kata-kata yang memperleke­hkan baginda.

Kalangan pemimpin UMNO berpendapa­t, tindakan undang-undang wajar diambil jika Mahfuz terus berdegil dan enggan memohon maaf.

Bagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, Mahfuz wajar mohon maaf bukannya terus mempertaha­nkan tindakanny­a itu.

Katanya, jika enggan memohon maaf bermakna Mahfuz dianggap menderhaka.

“Ini satu tindakan yang menunjukka­n contoh dan teladan tidak baik kepada rakyat. Rakyat Malaysia wajar bangkit mempertaha­nkan institusi Raja Melayu,” katanya.

Beliau mengulas keengganan Mahfuz memohon maaf kepada Sultan Pahang dengan alasan beliau tidak sama sekali menghina baginda.

Mahfuz ketika ditemui BH semalam menyatakan pendirian untuk tidak memohon maaf kepada Sultan Pahang atau mana-mana pihak kerana tidak menghina Sultan seperti didakwa.

Katanya, tiada sebab baginya untuk memohon maaf kerana kenyataann­ya dalam ceramah berkenaan langsung tidak menghina Sultan Pahang.

Ambil tindakan tegas

Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi, pula berkata kenyataan Mahfuz terhadap Sultan Pahang amat biadap.

Oleh itu katanya, laporan polis sudah dibuat maka pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap Mahfuz.

“Apatah lagi dia menolak untuk memohon maaf.

“Membanding­kan isu Tun Dr Mahathir dengan Sultan Pahang memang tidak wajar.

“Semua maklum bagaimana sistem monarki memilih pemimpin dan mewariskan kepemimpin­annya,” katanya.

Beliau berkata, tiada siapa boleh mempersoal­kan perkara itu.

“Tidak berbangkit isu umur. Ia adalah sistem pewarisan sejak zaman berzaman.

“Dalam kes Dr Mahathir ia membabitka­n soal integriti, rekod dan masa depan negara. Justeru, Mahfuz membuat perbanding­an melampau sedangkan dia sendiri menyatakan dalam ceramah itu apa salahnya berkawan dengan penyangak untuk menangkap penyangak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia