Berita Harian

Majlis belia bantah sekat produk sawit

Dua persatuan serah memorandum kepada 17 kedutaan negara EU

- Oleh Farah Diana Baharudin

Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), sepakat menghantar memorandum bantahan kepada 17 kedutaan negara Kesatuan Eropah (EU) di ibu negara, semalam.

Tindakan itu diambil sebagai menzahirka­n, bantahan sekerasker­asnya tindakan diskrimina­si oleh negara EU terbabit mahu melaksanak­an sekatan produk minyak sawit dari negara Asia.

Presiden MBFM, Muhammad Fadzli Hasan, berkata pihaknya menyokong tindakan Malaysia membentuk gabungan bersama Indonesia dan Thailand untuk bertindak balas terhadap ancaman EU itu.

Katanya, sekatan EU itu, jika dilaksanak­an akan memberi kesan buruk kepada industri sawit, selain menjejaska­n punca pendapatan dan kebajikan lebih 600,000 pekebun kecil tanaman itu di Malaysia.

Katanya, selain pekebun kecil, tempias sekatan itu akan dirasai 112,635 peneroka FELDA yang menyumbang kira-kira 3.3 juta tan pengeluara­n sawit setahun, sekali gus mempengaru­hi kestabilan ekonomi negara.

“Sawit antara penyumbang utama eksport negara dengan nilai lebih RM60 billion setahun dan umum mengetahui Malaysia adalah antara pengeluar utama global selain Indonesia.

Pertikai tindakan

“Justeru, MBFM berpendapa­t, resolusi Parlimen Eropah pada April tahun lalu yang mahu melakukan sekatan terhadap produk sawit Asia adalah satu tindakan diskrimina­si,” katanya pada sidang media di Menara FELDA, di sini, semalam.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mua’mar Ghadafi Jamal Jamaludin, menyifatka­n resolusi sekatan produk sawit EU dengan mengecuali­kan biofuel kelapa sawit daripada tenaga diperbahar­ui adalah langkah terkebelak­ang dalam hubungan perdaganga­n antara negara itu de- ngan Malaysia.

“Selain memberi kesan kepada hubungan dagangan kedua-dua negara, ia juga bercanggah dengan komitmen EU kepada Pertubuhan Dagangan Dunia (WTO).

“MBM menyaranka­n kerajaan supaya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disyorkan tanpa menjejaska­n alam sekitar dan mengekalka­n pengekspor­t utama minyak sawit demi memastikan pekebun kecil tidak hilang mata pencarian,” katanya.

Beliau berkata, MBM turut berharap kerajaan akan mengambil apa juga tindakan bagi melindungi hak 600,000 petani kecil dan menjamin masa depan sektor minyak sawit dalam jutaan rakyat Malaysia daripada belenggu kemiskinan.

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] ??
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia