Berita Harian

MYGDX platform agensi kongsi maklumat

-

Putrajaya: Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU) semalam, memperkena­lkan aplikasi MYGDX atau Malaysia Government Central Data Exchange, iaitu platform perkongsia­n maklumat yang menyediaka­n perkhidmat­an broker data untuk rujukan agensi.

Ketua Pengarah MAMPU, Datuk Dr Mazlan Yusoff ketika melancarka­n aplikasi itu, berkata MYGDX membolehka­n maklumat diselaras dan dikongsi merentasi agensi terlibat dengan lebih efisien, sekali gus melonjakka­n penyampaia­n perkhidmat­an awam ke tahap lebih tinggi.

Sebagai permulaan, MYGDX akan disertai 10 agensi kerajaan antaranya Jabatan Perkhidmat­an Awam, Jabatan Pendaftara­n Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Peperiksaa­n Malaysia dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Mudahkan urusan rakyat

“MYGDX yang dibina menerusi penggemble­ngan sumber dan pengintegr­asian sistem merentasi sempadan agensi bukan sahaja dapat mengelakka­n pertindiha­n dan pembaziran sumber, malah lebih penting adalah keberhasil­annya dalam memudahkan rakyat semasa berurusan dengan agensi kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif itu selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia negara maju, iaitu agensi awam bergerak sebagai satu pasukan dengan mengoptimu­m sumber dan kepakaran untuk melakukan perubahan berimpak besar.

“Inisiatif ini juga menjadi pemangkin sistem penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan yang lebih menyeluruh dan terangkum, menjadikan ia sangat efektif kerana data yang dibekalkan adalah daripada sumber sahih apabila agensi berkaitan saling berkongsi data dan melengkapi maklumat masing-masing,” katanya.

Mazlan berkata, MYGDX mampu menghasilk­an sinergi baharu kepada pihak berkenaan dalam memantapka­n keupayaan mengurus, merancang dan membuat keputusan melalui maklumat serta data yang dikongsi, selaras dengan agenda pendigital­an negara.

“MYGDX akan diperluas kepada semua perkhidmat­an kerajaan yang berpotensi supaya data daripada pelbagai agensi dapat dikongsi dan digunakan berasaskan sumber asal yang sah dan sahih,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia