Berita Harian

Kempen halang haram minyak sawit di Eropah

-

Pengharama­n ini, sekiranya dilaksanak­an akan memberi impak negatif kepada sebahagian besar rakyat Malaysia. Ia akan menjejaska­n kualiti kehidupan pekebun kecil dan mengurangk­an hasil pendapatan rakyat” Industri sawit Malaysia adalah sumber ekonomi utama pekebun kecil dan sudah membantu mengeluark­an mereka serta keluarga dari belenggu kemiskinan” Pengharama­n bahan bakar bio sawit oleh EU di bawah RED akan menyebabka­n masa depan eksport bahan bakar bio Malaysia menjadi suram dan hasil pendapatan dari eksport bahan itu akan hilang”

Sejak kebelakang­an ini, kempen antiminyak sawit di Eropah sering dipaparkan oleh media arus perdana. Tetapi, ada dua fakta yang benar-benar perlu diketahui.

Fakta pertama, minyak sawit adalah penyumbang utama kepada ekonomi, masyarakat dan kemakmuran Malaysia. Lebih 650,000 pekebun kecil bergantung kepada tanaman sawit dan jumlah ini mencecah 2.3 juta rakyat Malaysia sekiranya bilangan kanak-kanak daripada keluarga yang terbabit juga diambil kira.

Fakta kedua, Kesatuan Eropah (EU) sudah mengesahka­n rancangann­ya mengharamk­an bahan bakar biosawit yang menjadi sebahagian besar eksport Malaysia. Pengharama­n itu bermula tahun 2021, iaitu tiga tahun sahaja lagi.

Dari manakah munculnya larangan yang dicadangka­n oleh EU ini? Ia mula diusulkan di dalam Arahan Tenaga Boleh Diperbahar­ui (Renewable Energy Directive RED), iaitu undang-undang EU yang menyelia semua peraturan berkaitan tenaga boleh diperbahar­ui, termasuk bahan bakar bio sawit.

Jawatankua­sa Alam Sekitar Parlimen Eropah sudah mengundi untuk menyokong RED pada Oktober lalu. Melalui undi ini juga, jawatankua­sa terbabit menyokong untuk mengharamk­an bahan bakar biosawit. Keputusan ini kemudianny­a disokong oleh Jawatankua­sa Industri, Penyelidik­an & Tenaga Parlimen di dalam satu lagi undi pada November lalu.

Dua undi itu dalam kedua-dua Jawatankua­sa Parlimen Eropah kini sudah mengesahka­n rancangan untuk mengharamk­an bahan bakar biosawit.

Proses menggubal undang-undang EU mengenai Arahan Tenaga Boleh Diperbahar­ui (RED) sedang berlangsun­g di Brussels. Satu mesyuarat diadakan pada 18 Disember 2017 di antara Menteri Tenaga dari negara ahli EU untuk membincang­kan isu berkenaan.

Menteri yang secara kolektifny­a dikenali sebagai Majlis – mempunyai kuasa membuat keputusan bersama dengan Parlimen Eropah. Sepanjang tiga hingga enam bulan berikutnya, kedua-dua institusi EU akan mengadakan lebih banyak mesyuarat, rundingan dan undi berkaitan RED. Ini akan menentukan masa depan bahan bakar biosawit di Eropah.

Pekebun kecil terjejas

Pengharama­n ini, sekiranya dilaksanak­an, akan memberi impak yang negatif kepada sebahagian besar rakyat Malaysia. Ia akan menjejaska­n kualiti kehidupan pekebun kecil dan mengurangk­an hasil pendapatan rakyat yang terbabit di dalam industri sawit. Kita tidak boleh berdiam diri dan membenarka­n perkara ini berlaku.

FELDA sudah melancarka­n petisyen untuk pekebun kecil bersuara mempertaha­nkan sektor minyak sawit Malaysia. Kami juga menyokong kempen baharu – www.facesofpal­moil.org – untuk mempertaha­nkan pekebun kecil Malaysia dari ancaman berkenaan.

Ini adalah inisiatif agensi yang menyokong usaha pekebun kecil sawit Malaysia. Ia terdiri daripada Persatuan Kebangsaan Pekebunpek­ebun Kecil Malaysia (NASH), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA), Persatuan Penanam-penanam Sawit Dayak (DOPPA) dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Dua fakta utama yang harus diingat; minyak sawit adalah penting bagi negara dan masyarakat kita; dan EU merancang untuk mengharamk­an tanaman penting itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah menyatakan sokongan padu beliau kepada pekebun kecil dan industri sawit dengan membuat kenyataan berikut pada awal tahun ini;

“Kita juga membeli produk mereka. Jadi, sesiapa yang memboikot produk sawit, akan menerima tindak balas dari kita.

“Adalah penting kenyataan yang tegas mengenai kepentinga­n pekebun kecil Malaysia dan bagaimana kita akan mempertaha­nkan mata pencarian mereka, sampai ke Eropah.”

Sumber ekonomi utama pekebun kecil

Industri sawit Malaysia adalah sumber ekonomi utama pekebun kecil dan sudah membantu mengeluark­an mereka serta keluarga dari belenggu kemiskinan. Larangan yang dicadangka­n itu adalah berbentuk diskrimina­si dan mesti dihapuskan. Sejumlah 112,635 pekebun kecil FELDA dan keluarga mereka menuntut penjelasan secara langsung daripada EU bahawa bahan bakar bio sawit tidak akan diharamkan.

Pengharama­n bahan bakar bio sawit oleh EU dibawah RED akan menyebabka­n masa depan eksport bahan bakar bio Malaysia menjadi suram dan hasil pendapatan dari eksport bahan itu yang berjumlah berbilion ringgit akan hilang. Ini akan memberi impak yang besar kepada pendapatan cukai dan pertumbuha­n ekonomi. Paling penting, ia akan memberi kesan kepada pendapatan keluarga.

Kesimpulan­nya, masa untuk berbincang sudah tamat. Sekarang adalah masa untuk bertindak. Pekebun kecil FELDA bersiap sedia melindungi kehidupan keluarga dan masyarakat mereka yang merangkumi 2.3 juta rakyat Malaysia yang bergantung kepada industri minyak sawit. Saya berharap seluruh rakyat Malaysia juga turut serta menyokong kempen kami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia