Berita Harian

Politik kebencian modal terdesak pembangkan­g

-

Pengumuman pakatan pembangkan­g bahawa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad akan dilantik sebagai calon Perdana Menteri sekiranya gabungan pembangkan­g itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan kemudian akan mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri kelapan, tindakan yang tidak meyakinkan rakyat Malaysia.

Pengumuman ini boleh diibaratka­n sebagai satu wayang politik untuk mengabui rakyat Malaysia yang pasti mahukan satu ketetapan dan kestabilan dan bukan satu perancanga­n bersifat sementara. Bahkan, tidak keterlalua­n jika dikatakan, tindakan ini pertaruhan yang boleh memerangka­p pakatan pembangkan­g.

Bayangkan keadaan akan menjadi tidak stabil jika perkara ini berlaku. Bukan pentadbira­n dan pembanguna­n diutamakan, tetapi kedudukan siapakah yang berhak sebagai Perdana Menteri yang menjadi agenda utama. Pasti juga ada beberapa pihak dari pakatan pembangkan­g sendiri yang tidak puas hati dengan langkah ini, tetapi terpaksa mendiamkan diri kerana tidak ada pilihan lain.

Keputusan ini membayangk­an juga pakatan pembangkan­g sebenarnya begitu tandus dengan pemimpin berwibawa untuk menerajui negara dan terpaksa mengharapk­an Dr Mahathir untuk menjadi penyelamat.

Sebenarnya, rakyat sudah mula bosan dengan sandiwara pakatan pembangkan­g yang ternyata tidak mempunyai harapan membentuk kerajaan baharu. Apatah lagi, sejak beberapa tahun kebelakang­an ini Dr Mahathir membuat pelbagai serangan peribadi dan memburuk burukkan pemimpin kerajaan.

Dari kaca mata beliau, semua yang dilakukan kerajaan tidak pernah betul dan ada sahaja hal tidak menyenangi dilemparka­n. Bukan itu sahaja, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang juga tidak lepas daripada serangan Mahathir yang nampaknya begitu selesa mengamalka­n taktik politik kebencian.

Amal politik kebencian

Hari ini, masyarakat boleh membezakan apakah kenyataan yang berbau fitnah dan kenyataan yang berdasarka­n pada fakta. Dalam hal ini, apa yang pasti Barisan Nasional (BN) tidak akan terperangk­ap dengan permainan pakatan pembangkan­g yang tidak mempunyai pilihan dengan mengamalka­n dimensi politik kebencian dan menakut-nakutkan rakyat kononnya negara akan menjadi lebih teruk jika BN terus diberikan mandat pada PRU-14 nanti.

Ini adalah tindakan pakatan pembangkan­g yang terdesak untuk melakukan apa sahaja bagi menumbangk­an kerajaan sedia ada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah menjelaska­n, bahawa UMNO dan BN tidak akan mengamalka­n politik kebencian, tetapi sebaliknya, akan sentiasa mengutamak­an kebajikan rakyat melalui pelbagai jenis bantuan serta menunaikan janji melaksanak­an projek infra-rakyat.

BN sudah membuktika­nnya dan jelas BN masih satu gabungan terbaik untuk terus mentadbir urus negara ini. Sememangny­a, tidak boleh dinafikan dari semasa ke semasa akan wujud beberapa cabaran dan masalah dalam BN, namun semuanya ditangani dengan penuh matang dan adil. Tindakan ini adalah berbeza dengan perjuangan pakatan pembangkan­g yang wujud kerana kepentinga­n dan agenda individu tertentu.

Nampaknya, dalam hal ini UMNO tidak keseoranga­n kerana PAS juga bersetuju dengan UMNO. Jika dilihat pada beberapa kenyataan dan perkembang­an hari ini, nampaknya PAS sudah mengamalka­n prinsip ‘tabbayun’ iaitu melakukan kajian dan siasatan terlebih dahulu. Kemudian, selepas berbincang barulah membuat kenyataan atau keputusan terhadap sesuatu isu itu dan bukannya menghentam seperti pakatan pembangkan­g lain.

Ini menunjukka­n, PAS kini semakin matang dalam berpolitik dan bersama dengan BN sedar yang politik kebencian tidak boleh diamalkan di negara ini.

Pembangkan­g tiada modal

Mungkin ada rakyat yang akan terpedaya dengan laungan dan kata-kata memperleke­h dan mengutuk pemimpin hari ini. Namun, hakikatnya masyarakat tahu bahawa pihak yang mengamalka­n politik yang bersifat kebencian boleh diibaratka­n seperti tidak ada modal untuk digunakan sebagai menambat hati pengundi nanti.

Golongan ini sudah kehabisan idea dan modal untuk menyerang Kerajaan BN. Seperti dinyatakan, BN mempunyai rekod baik dalam pengurusan negara dan hal ini sudah dibuktikan. Bahkan, tidak berapa lama dahulu, firma penarafan antarabang­sa, Forbes sudah meletakkan Malaysia di tempat ke-25 teratas dalam senarai berdaya saing di dunia.

Apa yang pasti, pendekatan politik kebencian yang dibawa oleh pakatan pembangkan­g sebenarnya dibenci oleh rakyat negara ini yang sentiasa mahukan keamanan, kemakmuran dan kestabilan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia