Berita Harian

SPRM siasat syarikat fesyen didakwa pemegang saham terbesar

-

Kajang: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan sebuah syarikat fesyen menjadi pemegang saham terbesar dalam projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata pihaknya menyedari perkara itu dan akan mengambil tindakan selanjutny­a.

“Mana-mana maklumat yang datang daripada media, kita akan tengok.

“Saya tak nak ulas lanjut buat masa ini dan sama ada betul atau tidak, belum masanya untuk dikongsi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir bersama Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, dalam Program Gerakan Revolusi Antirasuah (GERAH) membabitka­n komuniti pemandu dan pengusaha teksi Kajang di sini, semalam.

Panggil lebih ramai individu

Isu pembinaan terowong dasar laut oleh kerajaan Pulau Pinang menjadi kontrovers­i apabila didakwa membabitka­n kos yang tinggi iaitu mencecah RM305 juta dan dibayar secara kaedah ‘pertukaran tanah’ iaitu memberi dua lot tanah bernilai tinggi sebagai bayaran terhadap kajian dilakukan.

Sebuah syarikat fesyen tempatan dikatakan turut menjadi pemegang saham terbesar dalam pembinaan itu sehingga menimbulka­n tanda tanya banyak pihak berhubung pemilihan syarikat itu.

Azam tidak menolak kemungkina­n lebih ramai individu akan ditahan dan beberapa tempat lagi diserbu berkaitan kes itu.

Di Putrajaya, tempoh reman seorang pengerusi dan timbalan pengerusi daripada dua syarikat yang dipercayai terbabit dengan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang, disambung lima hari.

Perintah reman sehingga 19 Januari ke atas mereka yang masingmasi­ng bergelar Datuk, dikeluarka­n oleh Majistret Khir Nizam Jemari di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Sebelum ini, kedua-duanya direman enam hari bermula Rabu lalu bagi membantu siasatan kes oleh SPRM mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Pada 9 Januari lalu, SPRM menyerbu beberapa pejabat agensi kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Georgetown, Pulau Pinang, yang mempunyai kaitan dengan projek pembinaan terowong dasar laut.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubung­kan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerah­kan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd, merangkumi beberapa syarikat.

Kami menyedari perkara itu dan akan mengambil tindakan selanjutny­a”

Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a SPRM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia