Berita Harian

Sembilan pengganas Filipina kekal ke tali gantung

Panel 5 hakim sebulat suara bersetuju keputusan Mahkamah Rayuan 8 Jun tahun lalu

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

Sembilan anggota pengganas warga Filipina yang didapati bersalah dalam tragedi penceroboh­an berdarah di Lahad Datu, Sabah lima tahun lalu, kekal ke tali gantung selepas Mahkamah Persekutua­n semalam, menolak rayuan mereka untuk diringanka­n hukuman.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif, sebulat suara membuat keputusan itu selepas bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 8 Jun tahun lalu, bahawa hukuman mati adalah paling wajar berdasarka­n dapatan fakta dalam kes berkenaan.

Sembilan warga Filipina itu ialah Atik Hussin Abu Bakar, 47; Basad H Manuel, 43; Ismail Yassir, 78; Virgilio Nemar Patulada, 58; Salib Akhmad Emali, 65; Al Wazir Osman, 63; Tani Lahad Dahi, 65; Julham Rashid, 71, dan Datu Amirbahar Hushin Kiram, 55, semuanya anggota Tentera Kesultanan Sulu (RSF).

Datu Amirbahar adalah anak saudara Jamalul Kiram III yang mengetuai penceroboh­an itu.

Raus dalam penghakima­nnya berkata, mahkamah membuat keputusan bagi sabitan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan berdasarka­n dapatan oleh hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Tiada alasan ubah keputusan

Katanya, panel Mahkamah Persekutua­n tiada alasan untuk mengubah keputusan kedua-dua mahkamah berkenaan.

Beliau berkata, mahkamah menolak rayuan terhadap sabitan dikemukaka­n sembilan tertuduh selaku perayu selepas berpandang­an sabitan berkenaan adalah selamat.

“Bagi hukuman pula, kami bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa hukuman mati adalah paling wajar.

“Sehubungan itu, kami menolak rayuan ini dan mengesahka­n hukuman terhadap semua perayu,” katanya.

Yang turut bersidang, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum serta Hakim Mahkamah Persekutua­n, Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Azahar Mohamed.

Pada 8 Jun tahun lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan mengekalka­n sabitan terhadap semua perayu.

Mahkamah itu bagaimanap­un mengubah hukuman penjara sepanjang hayat yang dikenakan hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 26 Julai 2016 kepada hukuman mati selepas membenarka­n rayuan pendakwaan bagi hukuman.

Sementara itu, Mahkamah Persekutua­n membenarka­n permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud supaya eksibit kes diserahkan kepada polis untuk dihantar ke muzium bagi tujuan rekod sebagai sebahagian daripada sejarah negara.

Tolak rayuan 14 responden

Mahkamah itu juga menolak rayuan pendakwaan dan mengekalka­n keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaska­n 14 responden lain, selepas berpuas hati bahawa hakim perbicaraa­n membuat keputusan yang betul apabila memutuskan pendakwaan tidak berjaya membuktika­n kes prima facie ke atas mereka.

Mereka adalah Kadir Uyung, 31; Lating Tiong, 21; Masir Saidin, 23; Anwar Salib Akhmad, 34; Binhar Salib Akhmad, 32; Rijmal Salleh, 25; Abdul Majil Jubin, 46; Rizman Gulan, 24; Dani Ismail, 61; Totoh Hismullah, 60; Saidili Jaharul, 56; Basil Samiul, 38; Abdul Hadi Mawan, 54, dan Salib Akhmad, 65.

Salib bagaimanap­un antara disabitkan dengan kesalahan melancarka­n perang terhadap Yang dipertuan Agong dan dikenakan hukuman mati.

Abdul Hadi pula disabitkan dengan tuduhan menganggot­ai kumpulan pengganas mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan dan dipenjarak­an selama 16 tahun.

Semua responden didakwa dengan pelbagai tuduhan, antaranya merekrut dan menyeludup anggota pengganas, menganggot­ai kumpulan pengganas dan menyokong aktiviti kumpulan pengganas.

Semua responden dan perayu diwakili peguam, Datuk N Sivanantan, manakala Abdul Hadi diwakili peguam, Abdul Gani Zelika.

Prosiding hari ini dijalankan secara langsung melalui sidang video bagi kemudahan pemberita yang ditempatka­n di bilik bersebelah­an, manakala semua perayu dan responden pula diiringi dengan ketat oleh anggota keselamata­n.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Abdul Hadi antara tertuduh dikawal ketat anggota jabatan penjara Mahkamah Persekutua­n Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Abdul Hadi antara tertuduh dikawal ketat anggota jabatan penjara Mahkamah Persekutua­n Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia