Berita Harian

Buruh rogol anak tiri kena 15 tahun, 4 sebatan

-

Alor Setar: Seorang buruh kontrak yang tergamak merogol anak tirinya September tahun lalu, dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan empat sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hakim Najwa Che Mat menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mat Zahir Shariff, 43, selepas tertuduh mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan kepadanya.

“Perbuatan kamu adalah jijik, kamu memilih untuk melakukan perkara itu kepada anak tiri kamu sedangkan kamu sudah berkahwin dengan ibu mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum menjatuhka­n hukuman.

Suspek bapa tiga anak

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa merogol anak tirinya yang berusia 14 tahun di sebuah rumah di Pokok Sena, pada jam 11 malam, penghujung September lalu.

Mangsa maklum ibu saudara

Kejadian itu terbongkar selepas mangsa memaklumka­n perkara itu kepada ibu saudaranya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rehab Abdul Shukur memohon mahkamah memberi hukuman berat terhadap tertuduh berikutan kesalahan itu serius dari sudut perundanga­n dan agama.

“Malah, mangsa turut trauma dengan kejadian itu dan mempunyai masalah berhadapan dengan masyarakat berikutan tekanan perasaan,” katanya.

Perbuatan kamu jijik, sedangkan kamu berkahwin dengan ibu mangsa”

Najwa Che Mat, Hakim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia