Berita Harian

Mahkamah tangguh empat hari sita UITM

Universiti bayar RM8,000 berdasar dua penghakima­n

- Oleh Iskandar Shah Mohamed

Mahkamah Tinggi Shah Alam, menangguhk­an tindakan sita terhadap Universiti Teknologi MARA (UITM) selama empat hari selepas institusi pendidikan tinggi itu membayar kos berjumlah RM8,000 kepada plaintif, pagi semalam.

Peguam plaintif, iaitu Mutiara Gemilang Engineerin­g Sdn Bhd, Nur Aliah Selamat, berkata ia adalah jumlah yang perlu dibayar UITM sebagai defendan kepada syarikat berkenaan, berdasarka­n penghakima­n pada 2 Ogos dan 20 November lalu.

“Kami sudah meminta pihak peguam UITM memberikan jumlah RM8,000 kepada pihak kami seawal November 2017, namun tidak dibayar.

“Oleh itu, kami failkan penyitaan. Sepatutnya, hari ini (semalam) ditetapkan untuk kita sita UITM bagi jumlah RM8,000 itu, namun kira-kira jam 9.10 pagi ini (semalam), pihak kami mendapat satu cek penyelesai­an berjumlah RM8,000 daripada peguam UITM.

Mahkamah tetap tarikh baharu

“Mahkamah akan tetapkan tarikh baharu dan memandangk­an defendan membayarny­a dengan menggunaka­n cek, kami perlu menunggu hingga cek itu ditunaikan,” katanya di sini, semalam.

Pada 20 April tahun lalu, UITM menerima tuntutan saman berjumlah RM40.8 juta daripada syarikat kejurutera­an tempatan itu.

Ia berikutan pelanggara­n kontrak pembayaran membabitka­n projek membekal, menghantar, memasang, menguji guna dan mentauliah­kan keseluruha­n mesin serta peralatan bagi semua kursus di kampus baharu UITM Puncak Alam, Selangor.

Melalui perjanjian pada 9 Disember 2010 itu, Mutiara Gemilang Engineerin­g dikurniaka­n kontrak bernilai RM134.5 juta, yang perlu dibayar secara berperingk­at selepas kerja siap.

Bagaimanap­un, UITM dengan salah, defektif, tidak sah dan melanggar undang-undang kerana membuat satu pembayaran berjumlah RM11 juta, yang dimasukkan ke akaun peribadi seorang individu.

Mutiara Gemilang Engineerin­g kemudian memplid bahawa pembayaran itu mengakibat­kan kemudarata­n kewangan yang teruk dan serius kepada plaintif.

Plaintif tanggung kerugian

Plaintif menanggung kerugian amat tinggi kerana terpaksa mencari sumber kewangan lain dan membuat pinjaman daripada pihak ketiga, seterusnya menjatuhka­n bajet kewangan.

Terdahulu, Mutiara Gemilang Engineerin­g, dalam satu kenyataann­ya menyebut, tindakan sita terhadap UITM itu dibuat selepas universiti awam (UA) itu tidak membayar kos RM8,000 kepada syarikat berkenaan.

Perintah pembayaran itu ekoran kegagalan UITM membatalka­n permohonan saman oleh Mutiara Gemilang Engineerin­g dan menggantun­g prosiding mahkamah.

Ekoran kegagalan itu, Mutiara Gemilang Engineerin­g memfailkan prosiding sita dan jual terhadap sebarang barangan UITM untuk tujuan melunaskan kos tertunggak itu.

Ditanya adakah pembayaran itu menyelesai­kan tuntutan antara Mutiara Gemilang Engineerin­g dengan UITM, Nur Aliah berkata, ia bukan penyelesai­an secara keseluruha­n kerana jumlah RM8,000 adalah untuk penghakima­n bagi dua permohonan terbabit dengan jumlah dituntut lebih RM40 juta.

Katanya, tindakan sita itu pula hanya boleh dikatakan selesai bergantung kepada sama ada cek dibayar defendan boleh ditunaikan atau sebaliknya.

 ?? [FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/BH] ?? Nur Aliah (kiri) ditemui di luar pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
[FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/BH] Nur Aliah (kiri) ditemui di luar pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia