Berita Harian

Reman Farid Kamil dilanjut sehari lagi

-

Petaling Jaya: Reman pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari, yang dipercayai menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam, dilanjutka­n sehari lagi.

Perintah tahanan reman itu dikeluarka­n Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Hairul Azhar Mohd Ishak, terhadap pelakon berusia 37 tahun itu semalam, bagi membolehka­n siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Farid Kamil yang memakai kemeja kelabu tiba di kompleks mahkamah menaiki kereta polis kira-kira jam 11.30 pagi semalam, diiringi anggota polis ke kamar mahkamah untuk prosiding reman.

Suami kepada pelakon, Datin Diana Danielle, 27, itu dibawa keluar dari kamar mahkamah pada jam 12.32 tengah hari.

Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari Khamis lalu, pelakon terbabit dikatakan ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, dia didakwa secara tiba-tiba menampar muka petugas lelaki yang menerima aduan itu, disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Selain mencederak­an polis berusia 24 tahun itu, dia dipercayai menendang dua orang awam di tempat sama.

Rakan artis beri sokongan

Pelakon Azad Jazmin bersama Azhan Rani dilihat hadir ke mahkamah untuk memberi sokongan.

Turut kelihatan di kompleks mahkamah, adik Farid Kamil, Fadzil Zahari yang juga suami kepada pelakon Yana Samsudin.

Sebelum meninggalk­an perkaranga­n mahkamah, Farid Kamil sempat mengucapka­n ‘thank you (terima kasih) semua’ sebelum dibawa pergi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia