Berita Harian

Dua remaja maut kereta langgar tol

Kenderaan dipandu hilang kawalan

- Oleh Norzamira Che Noh

Dua remaja maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan di Plaza Tol Batu Tiga di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata dalam kejadian Ketua Polis Daerah jam 6.36 pagi itu, ketiga-tiga mangsa menaiki sebuah Perodua Kancil dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang.

Pemandu cedera

“Kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun itu dipercayai gagal dikawal lalu melanggar plaza tol berkenaan.

“Susulan pelanggara­n itu, dua rakannya yang menumpang dalam kereta, iaitu seorang remaja lelaki berusia 21 tahun dan seorang perempuan berusia 20 tahun maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, pemandu kereta terbabit hanya cedera ringan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan lanjut.

“Lelaki yang maut berasal dari Kampung Padang Sungai Congkak, Hulu Langat manakala remaja perempuan berasal dari Taman Pinggiran Pedas, Pedas, Negeri Sembilan.

“Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam (HSA) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Shafien berkata, pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian dan mencari saksi kejadian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia