Berita Harian

‘Sangka panggilan palsu’

-

Shah Alam: Nada tenang suara pemanggil memberitah­u anak gadisnya maut nahas, membuatkan seorang bapa menyangka ia sekadar panggilan palsu.

Norhisham Jailani, 47, menerima panggilan polis kira-kira jam 12 tengah hari semalam, mengatakan anak sulungnya, Norsya’baniah, 22, terbabit nahas.

“Saya sangka ia panggilan palsu. Selepas anggota polis menerangka­n apa yang berlaku, baru saya sedar kejadian sebenar,” katanya di Unit Forensik Hospital Shah Alam di sini, semalam.

Sejurus menerima berita itu, beliau sekeluarga bergegas ke hospital bagi mendapatka­n kepastian.

Walaupun mengharapk­an perkhabara­n itu adalah sebaliknya, Norhisham tergamam sebaik melihat jenazah anaknya dan reda menerima takdir.

Dalam kejadian jam 6.36 pagi semalam, Norsya’baniah, 22, dan rakannya, Muhammad Azki Dahlan Jamit, 21, maut selepas Perodua Kancil dinaiki melanggar tembok di Plaza Tol Batu Tiga, di sini.

Mahu pergi kuliah

Kemalangan turut menyebabka­n pemandu kereta, Muhammad Azri Dahalan Jamit, 23, yang juga abang Muhammad Azki, cedera.

Difahamkan, Norsya’baniah menuntut di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghadiri kuliah pagi.

Norhisham kali terakhir menemui anaknya itu ketika dihantar ke Stesen Komuter di Seremban, Negeri Sembilan, jam 4 petang kelmarin.

Isterinya, Sohaini Md Sari, 45, berkata mereka sekeluarga sempat menghabisk­an masa cuti hujung minggu kelmarin di Air Terjun Jeramtoi, Jelebu.

Jenazah Norsya’baniah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kampung Teluk, Port Dickson.

Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau di sini, tidak lagi beroperasi berikutan pemansuhan kutipan tol berkuat kuasa 1 Januari lalu.

 ??  ?? Sohaini Md Sari
Sohaini Md Sari
 ??  ?? Norhisham Jailani
Norhisham Jailani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia