Berita Harian

17 ditahan kes basikal lajak

Operasi dibuat susulan video aksi bahaya remaja berlumba

- Oleh Hamzah Osman

Tindakan mengubah suai basikal sebelum menunggang­nya secara berbahaya, menyebabka­n 17 remaja lelaki ditahan polis dalam Ops Basikal Lajak selama tiga jam di Jalan Kuala Teriang dan Padang Matsirat, di sini malam kelmarin.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Langkawi, Asisten Superinten­dan Ahmad Shukri Ramli, berkata dalam operasi bermula jam 5 petang semalam hingga 8 malam kelmarin, polis menyita basikal itu sebagai langkah mencegah aktiviti samseng jalanan.

“Operasi dibuat susulan penularan video 10 saat dalam media sosial yang memaparkan aksi berbahaya sekumpulan remaja dipercayai menyertai lumba basikal lajak sekitar Langkawi beberapa hari lalu.

“Sepasukan anggota trafik mengesan sekumpulan 17 remaja berusia antara 12 hingga 16 tahun mempamerka­n aksi berbahaya menggunaka­n basikal lajak di Jalan Kuala Teriang dan Padang Matsirat, sebelum bertindak menahan mereka,” katanya ketika dihubungi di sini.

Semua basikal diubah suai

Ahmad Shukri berkata, pemeriksaa­n mendapati semua basikal kumpulan remaja terbabit diubah suai dan tidak mempunyai sistem brek, sekali gus mengundang bahaya.

“Semua remaja yang ditahan dibawa ke Bahagian Trafik Langkawi untuk siasatan lanjut sebelum waris masing-masing dipanggil untuk diambil keterangan bagi kes sama.

“Basikal mereka disita untuk siasatan mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan polis turut mengeluark­an saman di bawah Peraturan 42 (1) LN 166/59 Kaedahkaed­ah Lalulintas 1959 kerana mengubah suai basikal,” katanya.

Beliau berkata, semua remaja terbabit dibebaskan selepas bayaran saman dijelaskan waris masing-masing.

Diberi amaran lisan

“Kumpulan remaja itu turut menerima amaran lisan daripada pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Langkawi dan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) yang datang ke pejabat Bahagian Trafik Langkawi selepas dimaklumka­n polis.

“Polis, PPDL dan JPJ akan terus membuat pemantauan kerana aksi berbahaya mereka bukan sahaja menyalahi undang undang, malah boleh mengundang kemalangan kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

 ??  ?? Sebahagian 17 remaja yang ditahan dalam Ops Basikal Lajak di Jalan Kuala Teriang dan Padang Matsirat, Langkawi, malam kelmarin.
Sebahagian 17 remaja yang ditahan dalam Ops Basikal Lajak di Jalan Kuala Teriang dan Padang Matsirat, Langkawi, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia