Berita Harian

Polis tembak mati 2 suspek samun

-

Alor Gajah: Dua penjenayah yang ditembak mati polis di Jalan Gangsa, Batu Berendam menghala ke Angkasa Nuri di sini semalam, dipercayai sedang menunggu mangsa untuk menyamun.

Ketua Polis Daerah, Superinten­dan A Asmadi Abd Aziz, berkata siasatan awal mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah, iaitu empat kes di Shah Alam, Selangor dan masing-masing dua kes di Kuala Lumpur dan Johor.

“Polis masih menyiasat latar belakang kedua-dua suspek dan mengesyaki sebelum kejadian berbalas tembakan tadi, mereka sedang menyasarka­n mangsa dan lokasi untuk melakukan samun.

Tunggu mangsa keluar bank

“Mereka menggunaka­n modus operandi menunggu mangsa keluar dari mana-mana bank sebelum menyamun,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Terdahulu sebelum kejadian jam 12.45 tengah hari semalam, suspek berusia lingkungan 40an, masing-masing warga tempatan dan asing yang menaiki kereta Mercedez Benz, dilihat berada dalam keadaan mencurigak­an di kawasan Taman Seri Bayan.

Ketika diminta memberhent­ikan kenderaan, seorang daripada mereka melepaskan tembakan ke arah polis, menyebabka­n anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) terpaksa membalas untuk mempertaha­nkan diri.

“Kedua-dua suspek mati di dalam kenderaan berkenaan dan polis turut menemui sepucuk pistol dalam kereta yang digunakan.

“Mayat mereka dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat seterusnya mengesan keluarga masing-masing. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia