Berita Harian

Fenomena ‘musim sejuk’ berakhir

Cuaca cerah percepat pemulihan banjir di Johor, Pahang

- Oleh Rohaniza Idris Mohd Fahmi Mohd Yusof dan Shahrinnah­ar Latib

Cuaca cerah sejak kelmarin, bukan setakat mengakhiri suasana dingin seluruh negara mulai semalam, malah mempercepa­tkan pemulihan banjir yang melanda Pahang dan Johor.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i, Alui Bahari, berkata berdasarka­n bacaan di seluruh negara antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang semalam, fenomena suhu rendah negara boleh dianggap sudah berakhir.

“Rekod suhu di Petaling Jaya, Selangor dan Sitiawan, Perak adalah 31 darjah Celsius, manakala di Chuping, Perlis; Alor Setar, Kedah; Butterwort­h, Pulau Pinang dan Ipoh, Perak dicatatkan (30 darjah Celsius). Prai, Pulau Pinang dan Kuala Kangsar, Perak (masing-masing 32 darjah Celsius).

“Keadaan Pantai Timur Semenanjun­g yang masih mendung, merekodkan suhu sekitar 25 hingga 26 darjah Celsius pada jam 1 hingga 2 petang ini,” katanya kepada BH.

Sebelum ini, beberapa kawasan terutama di selatan Semenanjun­g mengalami penurunan suhu dengan Kuala Pilah merekodkan bacaan 21 darjah Celsius sejak tengah malam Khamis lalu.

Susulan perubahan cuaca itu, lapan pusat pemindahan sementara (PPS) sekitar daerah Mersing di Johor, ditutup semalam, dengan beberapa kawasan yang terjejas akibat banjir kembali pulih.

Lima PPS masih beroperasi

Pengerusi Jawatankua­sa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata lima PPS masih beroperasi menempatka­n 260 mangsa daripada 65 keluarga, termasuk di Segamat dan Kota Tinggi.

“Meskipun banjir semakin pulih, namun di Mersing, Jalan Telok Arong masih ditutup kepada pengguna akibat runtuhan cerun, dengan laluan alternatif dicadangka­n masih lagi Jalan Tanjung Resang Jalan Mersing/endau - Jalan Air Papan (J79).

“Jalan Johor Bahru-kuantan berhampira­n Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Mersing ditutup kepada semua kenderaan kerana kejadian cerun runtuh awal pagi tadi,” katanya.

Ayub berkata, beberapa kawasan sekitar Kluang, masih terputus hubungan apabila hanya boleh dilalui kenderaan berat seperti Kampung Peroh, Kampung Pucor, Kampung Sedohok dan Kampung Berasau.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Pahang, kini hanya tinggal 619 mangsa daripada 145 keluarga yang masih berlindung pada lima PPS, berbanding 1,438 mangsa daripada 367 keluarga pagi semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff, mengakui cuaca cerah mempercepa­tkan pemulihan bencana alam itu, membolehka­n mangsa pulang ke rumah masingmasi­ng.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Peramu Jaya, Dr Siti Rohaya Nordin melakukan pemeriksaa­n kesihatan kepada mangsa banjir, Azlina Mohd Sidek, 28, di Pusat Pemindahan Sementara di Perpustaka­an Desa Kampung Lamir, Pekan.
[FOTO BERNAMA] Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Peramu Jaya, Dr Siti Rohaya Nordin melakukan pemeriksaa­n kesihatan kepada mangsa banjir, Azlina Mohd Sidek, 28, di Pusat Pemindahan Sementara di Perpustaka­an Desa Kampung Lamir, Pekan.
 ?? [FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL/BH] ?? Habsah Abu Talib, 29, (kanan) menjual juadah di hadapan rumahnya yang dinaiki air di Kampung Pulau Keladi.
[FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL/BH] Habsah Abu Talib, 29, (kanan) menjual juadah di hadapan rumahnya yang dinaiki air di Kampung Pulau Keladi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia