Berita Harian

Empat beranak guna perahu jual pekasam

-

Rantau Panjang: Setiap kali musim tengkujuh, empat beranak dari Kampung Kelawar di sini, terpaksa mengharung­i banjir dengan perahu untuk menjual pekasam dan ikan sungai yang diusahakan mereka.

Mereka terpaksa berperahu kerana rumah dan jalan untuk keluar dari kampung itu yang ditenggela­mi air sehingga dua meter, sekali gus bot atau perahu menjadi pengangkut­an utama.

Mohd Nor Seman, 71, bersama isteri, Rohani Awang Ahmad, 51, dan dua anak, Mohd Arsyid, 40, serta dan Roslina, 38, mencari rezeki secara menjual ikan pekasam dan ikan sungai di pondok tepi jalan yang juga laluan utama penduduk di Jalan Jeram Perdah, di sini.

Katanya, mereka mula bergerak dari rumah pada jam 8.30 pagi dengan meredah jalan, sawah dan kebun getah yang ditenggela­mi air serta laluan sungai sejauh lima kilometer.

“Kami sudah berniaga pekasam dan ikan sungai beberapa tahun lalu, terutama ketika musim banjir kerana bekalan ikan yang banyak pada waktu ini.

Berniaga seawal jam 9 pagi

“Kami berniaga seawal jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari sebelum kembali semula ke rumah menaiki perahu milik saya sendiri yang mengambil masa selama 15 minit.

“Memandangk­an sudah biasa mengemudi perahu sejak kecil lagi, kami sekeluarga tidak takut meredah banjir demi mencari rezeki,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Nor berkata, penduduk di sekitar kampung itu sudah biasa melihat gelagat mereka sekeluarga bersama-sama keluar mencari rezeki menaiki bot ketika musim banjir.

“Ini sudah menjadi rutin kami sekeluarga, malah saya sendiri mengajak anak-anak untuk turut sama mencari rezeki yang dalam masa sama dapat mengeratka­n hubungan kami.

“Walaupun sudah biasa mengemudi perahu ini, aspek keselamata­n tetap diutamakan dengan sentiasa berhati-hati bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

 ?? [FOTO SYAHERAH MUSTAFA/BH] ?? Mohd Nor bersama isteri dan anak menggunaka­n perahu menjual pekasam ketika banjir di Kampung Kelawar, Rantau Panjang.
[FOTO SYAHERAH MUSTAFA/BH] Mohd Nor bersama isteri dan anak menggunaka­n perahu menjual pekasam ketika banjir di Kampung Kelawar, Rantau Panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia