Berita Harian

Kukuhkan pemahaman

Pelajar perlu memanfaatk­an setiap peluang, termasuk mengakses Internet, laman sosial bagi menambah ilmu pengetahua­n

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli

Pemahaman yang luas dan kukuh dalam apa-apa sahaja bidang, menjadi antara perkara penting bagi seseorang pelajar untuk menguasai soalan berteraska­n kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Jika dahulu soalan peperiksaa­n lebih bersifat pertanyaan secara langsung, soalan KBAT kini diperkenal­kan di sekolah bagi menguji kefahaman, selain meningkatk­an daya kreativiti pelajar untuk berfikir di luar kotak.

Selaras dengan perubahan dalam sistem pendidikan di negara ini, pelajar tidak boleh lagi leka, sebaliknya memanfaatk­an setiap peluang termasuk mengakses internet dan laman sosial bagi menambah ilmu pengetahua­n.

Sturut dikehendak­i membentang­kan hasil dapatan ejak diperkenal­kan projek mereka selepas pada tahun 2014, menyiapkan kerja kursus. banyak soalan dalam Pembentang­an hasil peperiksaa­n Pentaksira­n dapatan projek itu juga Tingkatan Tiga (PT3) adalah adalah sebahagian daripada berunsur kemahiran berfikir aspek penentuan aras tinggi (KBAT) yang pemarkahan bagi melihat bertujuan untuk menguji kebolehan komunikasi seseorang tahap minda seseorang pelajar. pelajar. Pengetua Sekolah

Bagi subjek Geografi, Menengah Kebangsaan pemarkahan dikira mene(SMK) Taman Seraya, Puan rusi kerja kursus yang kebiWan Norma Wan Pi, berkaasaan­nya diberikan pada ta jika dibandingk­an sejak bulan Julai tetapi bermula 2014 hingga 2016, soalan pada tahun 2016, pelajar kerja kursus adalah berdasarka­n tema geografi manusia dan hanya pada tahun lalu, tema diberikan berkaitan geografi fizikal iaitu melukis peta lakar.

Beliau berkata, tajuk pengangkut­an pada tahun 2016 adalah lebih mudah kerana soalan bertema geografi manusia membolehka­n pelajar mengaitkan teori dengan kehidupan harian mereka.

Geografi fizikal

“Berbeza dengan soalan tahun lalu, pelajar sedikit lemah untuk melukis peta lakar memandangk­an mereka tidak mahir mencari skala, selain tidak mahir mengaplika­sikan tugasan kerja lapangan ke dalam kertas kerja.

“Pelajar harus tahu skala dan berupaya mentafsir sesuatu tempat untuk dilukis dalam peta lakaran. Jika selama tiga tahun berturut-turut bentuk soalan berfokus kepada geografi manusia dengan hanya tahun lalu bertukar kepada geografi fizikal, maka tidak mustahil tahun ini tema yang sama akan diuji,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, kaedah pembelajar­an dan pemudahcar­aan (Pdpc) tetap seimbang dengan guru akan tetap memberi tumpuan kepada aspek manusia dan fizikal.

Selain aspek penguasaan menyediaka­n kerja kursus, pelajar juga perlu memberi penekanan kepada aspek pembentang­an yang memperuntu­kkan 10 markah dalam kerja kursus berkenaan.

“Ada pelajar boleh menyiapkan kerja kursus tetapi tidak boleh membentang dengan baik kerana tidak menguasai subjek Bahasa Melayu dengan baik,” katanya.

Pameran dari bas bergerak Pusat Sains Negara sempena Bulan Matematik dan Sains boleh menjadi sumber rujukan tambahan pelajar untuk meneroka dan menghayati bidang Sains”

Puan Sia Bee Leng Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik SMK Taman Seraya

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Puan Wan Norma Wan Pi
Puan Wan Norma Wan Pi
 ??  ?? Kaedah pengajaran dan pemudahcar­aan (Pdpc) abad ke-21 menarik minat pelajar menghayati mata pelajaran, sekali gus memantapka­n KBAT mereka.
Kaedah pengajaran dan pemudahcar­aan (Pdpc) abad ke-21 menarik minat pelajar menghayati mata pelajaran, sekali gus memantapka­n KBAT mereka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia