Berita Harian

Pelajar perlu terokai pelbagai bidang

-

Ampang: Format soalan bagi subjek Sains dalam peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) adalah sama kecuali pecahan soalan 12, 13 dan 14 iaitu soalan reka cipta yang berunsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Ketua Panitia Sains SMK Taman Seraya, Puan Hanisah Mohamed, berkata pecahan soalan berkenaan akan digubal secara berbeza pada setiap tahun dengan soalansoal­an sebelumnya tidak akan ditemui pada tahun semasa.

Beliau berkata, langkah berkenaan memerlukan pelajar menggunaka­n konsep teori sains yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian dengan mereka yang mempunyai pengalaman berkaitan sesuatu soalan itu sudah pasti mampu menjawabny­a dengan baik.

“Walaupun pelajar membuat latih tubi set soalan untuk tiga tahun ke belakang, mereka tidak akan menemukan soalan sama kecuali merasai pengalaman berkenaan.

Bacaan tambahan

“Soalan 12 hingga 14 ini ialah soalan yang menyumbang markah besar iaitu 12 markah bagi setiap soalan, oleh itu, pelajar harus menguasai KBAT, selain berupaya mengaplika­sikan teori dalam kehidupan seharian untuk menjawab soalan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Puan Hanisah berkata, bagi menambah ilmu pengetahua­n dalam bidang Sains, pelajar dinasihatk­an mempelbaga­ikan bahan bacaan, selain menjadikan rancangan dokumentar­i National Geographic sebagai antara bahan rujukan.

Selain itu, soalan 9 hingga 11 iaitu soalan aplikasi juga harus diberi penekanan kerana turut menyumbang markah besar iaitu 10 markah bagi setiap soalan.

“Soalan-soalan aplikasi ini juga perlu dikuasai pelajar bagi membolehka­n mereka memperoleh markah tinggi dalam subjek Sains,” katanya.

 ??  ?? Puan Hanisah Mohamed
Puan Hanisah Mohamed
 ??  ?? Latih tubi yang berterusan membantu pelajar menguasai soalan KBAT.
Latih tubi yang berterusan membantu pelajar menguasai soalan KBAT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia