Berita Harian

MYMEC bawa masuk pelaburan dari Asia Barat

-

akan menjadi tuan rumah kepada Forum dan Pameran Pelaburan dan Keusahawan­an Tahunan Arab 2018 (AFEIE 2018) di Kuala Lumpur pada 23 hingga 24 Januari ini, acara sulung seumpamany­a yang mengumpulk­an pelabur dari Asia Barat di bawah satu bumbung di negara ini.

Pengerusi Malaysia Middle East Chamber of Commerce (MYMEC), Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, berkata pihaknya menyasarka­n 70 syarikat akan mengambil bahagian dalam forum itu, dan setakat ini 50 peserta terdiri daripada syarikat dan agensi kerajaan dari Asia Barat dan tempatan sudah mengesahka­n penyertaan.

Beliau berkata, tujuan utama forum itu diadakan ialah bagi membantu, memberi maklumat dan mempermuda­hkan bakal pelabur dari Asia Barat melabur di negara ini.

Inisiatif MYMEC

“Ia adalah inisiatif MYMEC dalam membawa masuk pelaburan langsung asing (FDI) khususnya dari Asia Barat ke Malaysia.

“Sasaran pelaburan membabitka­n tiga bidang, iaitu hartanah, perkilanga­n dan pertanian,” katanya sambil menambah padanan perniagaan adalah antara acara utama pada AFEIE 2018.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada taklimat media berhubung penganjura­n AFEIE di Kuala Lumpur, semalam.

AFEIE 2018 dianjurkan Arabi Media Group dan Findhome, manakala MYMEC adalah rakan utama penganjura­n.

Arabi Media Group adalah kumpulan media yang menerbit majalah Arabi Magazine selain mengendali siaran radio dan televisyen berbahasa Arab, manakala Findhome adalah pengendali portal hartanah berbahasa Arab.

Forum berlangsun­g dua hari

Fathul Bari berkata, kementeria­n dan agensi Kerajaan Malaysia yang akan menyertai forum itu termasuk Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), dan Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).

AFEIE akan diadakan di hotel JW Marriott Kuala Lumpur selama dua hari dari 23 hingga 24 Januari ini.

Negara Asia Barat yang mengambil bahagian ialah Arab Saudi, Mesir, UAE, Kuwait, Oman dan Yaman.

Sasaran pelaburan membabitka­n tiga bidang, iaitu hartanah, perkilanga­n dan pertanian” Fathul Bari Mat Jahya, Pengerusi MYMEC

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia