Berita Harian

25,000 peserta dijangka sertai WUF9

Ibu negara ambil bahagian program inisiatif NBOS bulan depan

- Oleh Samadi Ahmad bhnews@bh.com.my

Forum Bandar Sedunia Ke-9 (WUF9) yang akan berlangsun­g di Kuala Lumpur pada 7 hingga 13 Februari ini dijangka disertai 25,000 peserta.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Mohamad Mentek, berkata penyertaan ini membabitka­n 164 negara, termasuk dari Asia, selain penyertaan peserta tempatan.

Katanya, setakat hari ini, sebanyak 18,000 peserta sudah mendaftar secara dalam talian yang berakhir semalam dan bagi yang terlewat boleh terus hadir pada hari program itu nanti.

“Program ini diadakan menerusi inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) membabitka­n bidang serta kepakaran masing-masing.

“Ia juga akan menjadi sejarah besar negara selepas berjaya dibida oleh KPKT pada 2014, sekali gus menjadi bandar kedua di Asia yang diberi penghormat­an sebagai tuan rumah selepas Nanjing, China pada 2008,” katanya pada sesi tak- limat bersama m edia mengenai penganjura­n WUF9 di sini, semalam.

Program di KLCC

Program dwitahunan itu akan berlangsun­g di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan tema ‘Bandar 2030, Bandar Untuk Semua’.

Kesediaan Malaysia menjadi tuan rumah WUF9 selari dengan aspirasi pelaksanaa­n sasaran pembanguna­n mapan (SDG) sempena Persidanga­n Iklim Paris 2015 (COP21).

Ia juga selaras penerimaan Agenda Baharu Bandar (NUA) yang dipersetuj­ui pada Persidanga­n Ketiga Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perumahan dan Pembanguna­n Mampan (HABITAT III) di Quito, Ecuador pada 20 Oktober lalu.

Selain itu, Mohamad berkata, pelbagai program akan dijalankan di WUF9, termasuk pembentang­an kertas kerja golongan profesiona­l dan juga pensyarah dalam negara mengikut kepakaran masing-masing.

“Penyertaan forum WUF9 adalah percuma dan orang awam serta pihak berkepenti­ngan dalam bidang perbandara­n boleh menyertai forum ini,” katanya.

 ?? [FOTO SAMADI AHMAD/BH] ?? Mohamad Mentek (dua dari kiri) selepas Taklimat WUF9 di Putrajaya, semalam.
[FOTO SAMADI AHMAD/BH] Mohamad Mentek (dua dari kiri) selepas Taklimat WUF9 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia