Berita Harian

Bau busuk ladang ayam lebih 10 tahun selesai

-

Nilai: Selepas lebih 10 tahun menunggu, penduduk Taman Mulia Lagenda Suria, Pajam di sini, akhirnya menarik nafas lega apabila masalah bau busuk dari ladang ternakan ayam berhampira­n perumahan itu selesai.

Pengerusi persatuan penduduk taman itu, Datuk Ahmad Ridzuan Ibrahim, berkata masalah itu diatasi dengan kerjasama banyak pihak, termasuk Jabatan Perkhidmat­an Veterinar, Majlis Perbandara­n Nilai (MPN) dan Jabatan Alam Sekitar.

“Kita mengelak menggunaka­n kaedah provokasi, sebaliknya mengambil pendekatan mengadakan perbincang­an berterusan dengan pihak terbabit terutama syarikat pemilik ladang berkenaan.

“MPN juga menubuhkan jawatankua­sa khas untuk membantu dan hasilnya, syarikat pemilik ladang itu akur dengan desakan penduduk dan berusaha mengatasi masalah bau busuk menggunaka­n kaedah serta teknologi moden.

“Melalui kejayaan ini, hubungan semua pihak juga semakin rapat, malah pemilik ladang terbabit lebih mengambil berat terhadap masalah yang dilaporkan kepada mereka,” katanya ketika ditemui pada program Kesihatan, Keselamata­n, Kesejahter­aan Komuniti (P4K) taman itu di sini, semalam.

Program dirasmikan Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepengguna­an negeri, Datuk Abu Ubaidah Redza.

Prihatin masalah rakyat

Sementara itu, Abu Ubaidah berkata, kerajaan negeri memberi perhatian terhadap masalah rakyat, malah mengarahka­n semua jabatan dan agensi mengambil tindakan segera bagi menyelesai­kan sebarang isu yang timbul.

“Dalam isu bau busuk ladang ternakan ayam di Pajam, kerajaan negeri sentiasa memantau laporan dikemukaka­n oleh Jabatan Perkhidmat­an Veterinar, MPN dan Jabatan Alam Sekitar.

“Kita hanya akan memberi kebenaran kepada syarikat terbabit meneruskan operasi jika masalah bau itu dapat diatasi,” katanya.

 ?? [FOTO HAZREEN MOHAMAD/BH] ?? Abu Ubaidah (dua dari kanan) bersama Ahmad Ridzuan (dua dari kiri) merasmikan program P4K Taman Mulia Lagenda Suria, Pajam, semalam.
[FOTO HAZREEN MOHAMAD/BH] Abu Ubaidah (dua dari kanan) bersama Ahmad Ridzuan (dua dari kiri) merasmikan program P4K Taman Mulia Lagenda Suria, Pajam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia