Berita Harian

Berduet dengan Sean Kingston

Kilafairy teruja single baharu bersama artis Barat bakal dilancar

- Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my

Tujuh tahun mewarnai persada seni, Kilafairy yang juga anak penyanyi terkenal era 80-an dan 90-an, Rohana Jalil, dilihat belum cukup kukuh mencipta nama dalam dunia hiburan tempatan. Tidak kiralah atas kapasiti sebagai penyanyi mahupun pelakon, wanita berusia 25 tahun dengan nama penuh Syakila Nisha Jahangir Khan ini belum mempunyai rekod membanggak­an, jauh sekali meninggalk­an impak di arena yang disertainy­a.

Namun, semua itu tidak pernah mematahkan semangatny­a untuk terus berjuang dengan cara tersendiri. Begitupun, seperti kebanyakan artis lain, dirinya juga enggan mencipta populariti bersandark­an cerita panas atau kontrovers­i.

“Saya selalu anggap diri ini macam ‘baby’ dalam industri seni. Saya cuba buat apa yang boleh dilakukan. Tetapi, kalau ada yang belum mampu menerima diri ini, saya reda. Apa sahaja yang kita lakukan, semuanya bergantung kepada penerimaan orang ramai.

“Namun, semua itu tak pernah membuatkan saya berhenti mencuba. Sejak dulu, istilah putus asa tak pernah ada dalam diri ini. Saya akan terus ke depan berkongsi bakat dan peluang yang ada.

“Saya juga cuba mengelak daripada dikenali dengan bersandar kontrovers­i.

“Itu bukan cara saya. Saya lebih selesa kekalkan momentun seni dalam industri dengan cara sekarang, tanpa perlu meledak pantas,” katanya.

Tegasnya, dia tidak mahu namanya melonjak dengan begitu cepat, dan kemudian menghilang dengan pantas juga.

“Biarlah saya mengambil sikap santai-santai sahaja. Tiada apa pun yang saya kejar. Saya mahu menikmati semua ini dengan tenang tanpa tekanan,” katanya.

Intai peluang ke peringkat antarabang­sa

Ketika ini, Kilafairy tersenyum girang kerana single keenamnya,

Put The World In bersama DJ Aku Ash yang menampilka­n artis terkenal Jamaica-amerika, Sean Kingston, akan dilancarka­n menerusi semua platform muzik dalam talian bermula 19 Januari ini, termasuk video muziknya.

Rakaman lagu itu dilakukan di Malaysia sekitar enam bulan lalu. Ia dirakamkan dalam dua bahasa, Melayu dan Inggeris. Bagaimanap­un ketika ini versi Inggeris yang dipromosik­an terlebih duhulu.

“Sean yang turun ke Malaysia dan dalam tempoh sehari, kita berjaya melunaskan rakaman lagu itu. Saya melihat gandingan ini menjadi ruang untuk saya meneroka dan mengatur langkah ke peringkat seterusnya. Siapa tahu lagu ini mempunyai peluang untuk ke pasaran antarabang­sa? Saya dengan penuh rendah diri takkan menolak tuah itu.

“Saya harus berterima kasih kepada syarikat rakaman, Lion Music Group (LMG), dan pengurusan Paranormal atas peluang ini. LMG yang mencadangk­an saya dan DJ Aku Ash untuk berkolabor­asi dengan Sean.

“Saya harap single ini akan menjadi penyuntik semangat buat saya pada awal 2018,” katanya.

Ditanya mengena Kingston secara peribadi, Kilafairy amat menyenangi artis yang mula mencipta nama pada usia muda itu.

“Biar baru sekali kami berjumpa dan bekerjasam­a, apa yang boleh dikatakan, dia sangat merendah diri. Ketika di studio rakaman, dia melampiask­an tenaga yang positif, sekali gus buat kami jadi selesa.

“Memang senanglah bekerjasam­a dengannya. Tak banyak ‘songeh’,” katanya.

Imbangi aktiviti lakonan, nyanyian

Sempat ditanya mengenai dunia lakonan, gadis ini mengakui masih mengimbang­i aktiviti terbabit dan nyanyian dengan baik.

“Saya masih aktif berlakon. Cuma, sekarang tumpuan saya lebih kepada nyanyian kerana mahu mempromosi­kan single baharu. Jadi, saya kurangkan lakonan, bimbang bercanggah dengan kerjaya nyanyian.

“Insyaallah, saya akan mula menjalani penggambar­an drama rantaian hingga Mac depan. Ia bersambung hingga ke Julai,” kata pelakon filem Karak ini.

Ibu penyokong utama

Menjadi anak kepada Rohana Jalil juga dilihat sebagai benteng terbaik untuk dirinya mengatur langkah seni dengan baik.

“Mama memang jadi penyokong utama saya. Dia tak pernah lokek memberikan nasihat. Dia selalu berpesan supaya menghormat­i orang tua, tak kira siapapun dirinya. Dengan kepesatan media sosial ini pun, mama selalu melarang saya melayan komen daripada ‘haters’.

“Satu lagi, dia tak mahu saya lekas putus asa dalam apa yang dilakukan. Dia nak saya sentiasa keluar dengan sesuatu yang baharu,” katanya.

Dalam pada itu, dia masih meneruskan rutin bersenam seperti biasa dalam usaha mengekalka­n bentuk tubuh yang menarik. Kilafairy tidak syak antara artis wanita yang dilihat memiliki susuk tubuh menawan dan menggiurka­n.

“Jika dapat memberikan inspirasi buat wanita di luar sana, saya bersyukur. Saya sendiri suka menjadi inspirasi kepada orang lain.

“Rutin saya senang sahaja dan kalau rasa sudah banyak makan, maka pandaipand­ailah saya ke gimnasium untuk bersenam bagi membuang kembali lemak yang melekat,” katanya.

 ?? [ FOTO FAISAL SULAIMAN (INSTAGRAM: @FAY.FIVE) ] ??
[ FOTO FAISAL SULAIMAN (INSTAGRAM: @FAY.FIVE) ]
 ??  ??
 ??  ?? Hafiz, Andi dan Bella bersama pengurusan dan kakitangan hotel The Gaia di Taipei. Kilafairy bersama Kingston (tengah) dan DJ Aku Ash.
Hafiz, Andi dan Bella bersama pengurusan dan kakitangan hotel The Gaia di Taipei. Kilafairy bersama Kingston (tengah) dan DJ Aku Ash.
 ??  ?? Kilafairy bekerjasam­a dengan DJ Aku Ash dalam lagu baharu.
Kilafairy bekerjasam­a dengan DJ Aku Ash dalam lagu baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia