Berita Harian

IMPAK K-POP

10,000 peminat terpukau dengan aksi lincah bintang Korea

- Oleh Bennie Zie Fauzi

Selepas kejayaan konsert K-wave Music Festival yang diadakan buat julung kali, Ogos tahun lalu, 2018 pula menyaksika­n tirainya disingkap dengan penganjura­n edisi kedua acara muzik berkenaan.

Cuma lebih istimewa, kali ini ia diperkuatk­an lagi dengan kehadiran kumpulan berpengala­man Korea, Super Junior; penyanyi jelita yang juga anggota Girls’ Generation, Taeyeon; bersama-sama lima kumpulan popular Korea, A.C.E, Tahiti, Halo, Nu‘est W dan Mamamoo.

Dibawakan khas oleh Mcalls dan dianjurkan Macpiepro, acara itu berjaya menarik kira-kira 10,000 penonton yang enggan melepaskan peluang keemasan berhibur dengan idola masing-masing.

A.C.E teruja kongsi pentas

Meskipun, sesekali Stadium Merdeka yang menjadi gelanggang festival terbabit disimbah hujan gerimis, penonton tetap tidak berganjak dari kerusi masing-masing untuk menyaksika­n persembaha­n bintang pujaan mereka, yang secara keseluruha­n mendendang­kan 33 lagu sepanjang lebih dua jam konsert berlangsun­g.

A.C.E yang dianggotai lima remaja, Donghun, Jason, Chan, Wow dan Jun, membuka tirai persembaha­n dengan tiga lagu hits iaitu Cactus, Black Pink dan Callin.

Persembaha­n bertenaga dengan gerak tari mereka yang memukau sememangny­a menggamatk­an suasana, malah peminat dilihat turut menyanyi bersama-sama tanpa perlu diminta.

“Seronok rasanya mengambil bahagian dalam konsert kali ini yang turut disertai artis senior hebat seperti Super Junior,” ungkap ketua kumpulan, Jun, mewakili rakan yang lain.

Pakai uniform sekolah

Kumpulan Tahiti pula tampil menggoda dengan tema pakaian seragam sekolah. Mereka meneruskan persembaha­n dengan lagu popular mereka termasuk SKIP, yang mendapat sorakan gemuruh.

Teruja dengan sambutan penonton, kumpulan dianggotai remaja wanita, Jisoo, Jungbin, Jinhee, Ari, Minjae dan Misoo itu bijak mengambil hati peminat bersama aksi keletah masing-masing.

“Aku cinta padamu,” luah Ari dalam bahasa tempatan yang tentu saja dibalas sorakan peminat.

Dalam kunjungan singkat itu, mereka tidak melepaskan peluang mencuba minuman tongkat ali dan makanan tempatan.

“Teh di Malaysia sangat sedap. Kami suka dengan cuaca panas di Malaysia,” ujar mereka.

 ??  ??
 ??  ?? Kumpulan Mammamoo
Kumpulan Mammamoo
 ??  ?? Super Junior membuatkan peminat teruja dengan aksi lincah mereka.
Super Junior membuatkan peminat teruja dengan aksi lincah mereka.
 ??  ?? Tahiti muncul dengan seragam sekolah.
Tahiti muncul dengan seragam sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia