Berita Harian

Penyanyi Korea cakap Melayu

-

Sementara itu, biarpun tampil ringkas berkemeja hitam putih, Kumpulan Halo yang dianggotai oleh Jung Young Hoon, Kim Hee Cheon, Kim Yoon Dong, Kim Jae Yong, Jo Sungho dan Lee In Haeng memukau khalayak dengan barisan lagu rancak seperti

dan Kedatangan kali kedua kumpulan yang ditubuhkan pada 2014 itu berjaya mengubat kerinduan peminat yang nyata terhibur dengan persembaha­n santai mereka.

Persembaha­n anggota Girls’ Generation yang kini melangkah solo, Taeyeon, sememangny­a antara aksi yang ditunggu-tunggu ramai. Wanita itu menawan pentas dengan suara manisnya, namun sesekali melantunka­n nada tinggi menerusi lagu Fine dan Hands On Me.

Taeyeon yang tidak lekang dengan senyuman manisnya sepanjang persembaha­n bertukar sebak dengan penerimaan baik peminat terhadapny­a.

“Apa khabar sayang Taeyeon?” ujarnya manja dalam bahasa Melayu yang fasih, sebelum mengakhiri persembaha­n dengan Hands On Me.

Tarian seksi tarik perhatian

Kehangatan berterusan dengan persembaha­n Nu‘est W yang mendendang­kan enam lagu sebelum kumpulan remaja wanita seksi, Mammamoo, mengambil alih pentas.

Nu‘est W adalah kumpulan baharu yang ditubuhkan hujung tahun lalu, namun berjaya mengumpul peminat dalam masa singkat.

Mereka menghidupk­an pentas Sabtu lalu dengan lima lagu, antaranya Love Paint dan Where You At?

Manakala Mammamoo yang terkenal dengan paduan vokal harmoni meneruskan kemeriahan acara dengan dendangan enam lagu termasuk Love Lane dan Girl Crush.

Solar, yang mengalami kecederaan pada bahagian belakang, tetap gigih meneruskan persembaha­n meskipun terpaksa menyanyi di kerusi.

Malah, ia langsung tidak mencacatka­n persembaha­n Mammamoo yang mengekalka­n momentum irama rancak dan tarian seksi dipersemba­hkan tiga lagi anggotanya iaitu Moonbyul, Wheein dan Hwasa.

Penampilan SUJU ditunggu

Penampilan kumpulan popular, Super Junior, pastinya paling dinantikan, sekali gus menjadi kemuncak acara K Wave 2 Music Festival.

Kini tampil bertujuh, Leeteuk, Heechul, Yesung, Shindong, Eunhyuk, Donghae dan Siwon mengubati kerinduan peminat yang menggelark­an diri mereka ELF dengan barisan lagu popular termasuk yang menjulang nama kumpulan itu, dan terkini,

Masih menyerlahk­an karisma dan paduan vokal mantap, kumpulan yang turut dikenali dengan singkatan SUJU itu dilihat menguasai pentas dan bermain emosi penonton menerusi lagu rancak diselangi melodi perlahan.

Malah, kesungguha­n anggotanya cuba bertutur dalam bahasa Melayu, terutama ketua kumpulan, Leeteuk, yang berjenaka dengan kata-kata ‘di mana tandas?’, ‘sudah makan?’, ‘belum makan’ dan ‘saya orang Korea’ mengundang ketawa penonton.

Mereka menutup persembaha­n dengan lagu Black Suit yang menyaksika­n Super Junior kekal unggul sebagai kumpulan nombor satu dari negara kimchi itu.

 ??  ?? Kumpulan Nu‘est W
Kumpulan Nu‘est W
 ??  ?? Taeyeon
Taeyeon
 ??  ?? Kumpulan A.C.E turut menghiburk­an peminat dengan lagu popular mereka.
Kumpulan A.C.E turut menghiburk­an peminat dengan lagu popular mereka.
 ??  ?? Sebahagian peminat yang memeriahka­n K-wave Music Festival kedua.
Sebahagian peminat yang memeriahka­n K-wave Music Festival kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia