Berita Harian

Program percuma latih teknik senaman betul

-

Cheras: Aktiviti senaman berkumpula­n menjadi fenomena masa kini kepada orang ramai yang mahu mengamalka­n gaya hidup sihat dan mencabar kemampuan diri bagi mengelak obesiti.

Jurulatih kecergasan bagi kawasan Wangsa Maju, Adilin Ali, berkata beliau melatih peserta bersenam sejak 2014, yang kebanyakan wanita yang mengunjung­i pusat gimnasium miliknya, Fixme Gym di Setiawangs­a.

“Pembabitan saya dalam bidang kecergasan bermula 2009. Empat tahun kemudian saya memperoleh sijil jurulatih peribadi daripada Persatuan Jurulatih Kecergasan Kebangsaan (NAFI).

“Ia menjadi permulaan saya melatih kelompok peserta yang ingin mengurangk­an berat badan.

“Sebagai sebahagian daripada jurulatih untuk program Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) bagi menangani obesiti dan menggalakk­an orang ramai menjalani rutin hidup sihat,” katanya pada sesi pengenalan program Bootcamp percuma untuk mereka yang baru memulakan aktiviti senaman.

Program Botcamp bermula jam 8 pagi hingga 2 petang dibahagika­n lima kumpulan yang masing-masing disertai 50 peserta dikehendak­i melengkapk­an sesi senaman selama 60 minit, iaitu antara pengisian latihan kecergasan dalam JK1M akan datang.

12 bentuk senaman

Dalam tempoh itu, peserta didedahkan 12 bentuk senaman iaitu 20 kali sesi larian, senaman dips (30), squat menggunaka­n tali (60), senaman berjalan sambil melakukan lunges (6), bola dinding (15), senaman tubi turun naik tayar (12), penukul (12), pusingan pinggang Russian (30), slam (10), squat menggunaka­n beg pasir (20) dan empat pusingan larian mengelilin­gi gelanggang.

Sepanjang sesi itu, Pengasas JK1M, Kevin Zahri turut bersama menghabisk­an cabaran satu jam senaman di samping menunjukka­n teknik senaman betul.

Katanya, program itu percuma untuk memberikan galakan kepada sesiapa sahaja memulakan senaman berkumpula­n dan sepanjang bulan ini JK1M menganjurk­an lebih 100 program kecergasan di seluruh negara.

Beliau berkata, JK1M Musim ke10, bermula 27 Januari ini membabitka­n lebih 200 kawasan di negara ini, Singapura dan Brunei.

Eksekutif Perakaunan, Roziatul Syima Mohd Zahari, berkata beliau tertarik menyertai aktiviti senaman berkumpula­n berikutan cetusan inspirasi kejayaan ramai peserta berkumpula­n sebelum ini.

Azam kuruskan badan

“Aktiviti senaman ini memerlukan komitmen dan sokongan berterusan dan saya mahu azam menguruska­n badan dapat direalisas­ikan.”

Peserta, pegawai pemasaran, Nur Annisa A’mila Nor Azman, 27, berkata kesibukan bekerja bukan alasan untuk tidak bersenam dan berharap meneruskan rutin senaman tiga kali seminggu.

“Saya berasakan senaman ini adalah cara melepaskan tekanan, gaya hidup sihat dan saya mahu bersenam dengan cara betul dengan jurulatih berpengala­man,” katanya dari Sri Rampai, di sini.

Saya melatih kelompok peserta yang ingin mengurangk­an berat badan” Adilin Ali, Jurulatih kecergasan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia