Berita Harian

Terap keikhlasan dalam ibadah

Biasa melihat orang yang kuat beribadah, tetapi akhlaknya tidak mencermink­an ciri mereka yang gigih melaksanak­an perintah Allah SWT? Apakah sebabnya, perkara itu boleh berlaku dan sebaiknya kita berusaha menjadi seorang yang rajin beribadah dan memiliki s

-

Ulama terkenal dari Iraq, Mawlana Sheikh Afeefuddee­n al-jailani ketika berbicara mengenai impak ibadah terhadap amalan seharian kita berkata, setiap manusia mempunyai matlamat hidup yang satu iaitu ingin mencapai kebahagiaa­n.

Beliau yang menjadi tetamu program Topik Jumaat di radio IKIMFM berkata, kebahagiaa­n dicari oleh semua sama ada orang Islam mahupun bukan Islam. Ini diakui dalam kalangan ahli falsafah Yunani sebagai matlamat utama sejak awal tamadun manusia lagi.

Sebab itu, jika diperhatik­an kalimah kebahagiaa­n atau ketenangan dalam bahasa Arab, iaitu ‘sakinah’ turut berkait rapat dengan tempat tinggal yang disebut dalam bahasa Arab sebagai ‘maskan.’

Ketenangan yang awal bermula di tempat tinggal. Jika dapat dicapai, maka mudahlah untuk memperoleh­nya di luar rumah. Itulah juga matlamat pembinaan sebuah rumah tangga demi mencapai sakinah, mawaddah dan rahmah.

Bersihkan hati

Ketenangan tidak boleh dicapai melalui luaran kerana ia bersifat dalaman atau rohani, bermakna kita tidak dapat lari daripada berbicara mengenai hati sanubari seperti yang diingatkan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir mengingati Allah SWT, ingatlah hanya dengan mengingati Allah SWT hati menjadi

tenteram.” (Surah al-ra’d, ayat 28) Justeru, untuk menjadi tenang kita perlu sentiasa membersihk­an hati supaya suci daripada penyakit dan dosa yang boleh mengotorka­n seterusnya menghilang­kan ketenangan jiwa.

Membersihk­an hati adalah agenda utama orang beriman kerana hanya orang yang hatinya bersih sahaja yang akan selamat di hari akhirat kelak.

Rebut tahajud

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Hari yang tidak memberi manfaat melainkan orang yang kembali kepada Allah SWT dengan hati yang sihat sejahtera (Qalbun

Salim).” (Surah al-syu’ara, ayat 89) Ada dalam kalangan kita begitu gigih beribadah di depan manusia, tetapi apabila bersendiri­an mereka malas. Dalam hal ini, Sheikh Afeefuddee­n berpesan supaya memperbany­akkan peluang merebut tahajud pada malam hari.

Generasi solafus soleh gigih menghidupk­an malam kerana rahmah Allah SWT amat banyak pada malam hari. Ia juga menghidupk­an hati yang mati dan mengikhlas­kan hamba bagi mencari reda-nya.

Ada juga terjadi mereka yang gigih beribadah, namun masih lagi berakhlak buruk seolah ibadah itu tidak memberi bekas kepada diri dan personalit­inya. Sheikh Afeefuddee­n mengingatk­an, ibadah bukan bersifat pergerakan fizikal seperti senaman, tetapi hendaklah turut disertai dengan hati.

Khusyuk dan ikhlas

Ketika melaksanak­an ibadah, hati kena khusyuk dan ikhlas mengharapk­an reda Allah SWT. Jika kita banyak beribadah, tetapi masih lagi berakhlak buruk, maka perelokkan lagi ibadah hingga nanti memberi bekas kepada peribadi.

Sesungguhn­ya ibadah yang diterima Allah SWT pasti akan memberi kesan kepada peribadi seseorang seperti mana firmannya yang bermaksud: “Sesungguhn­ya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-ankabut, ayat 45) Setiap ibadah hendaklah disertai dengan keikhlasan hati, barulah memberi bekas dan impak kepada diri. Khusyuk dan ikhlas dalam hati memerlukan perjuangan atau mujahadah supaya akhirnya kita dianugerah­kan ikhlas oleh Allah SWT.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Ibadah seikhlas hati memberi kesan ke dalam jiwa.
[FOTO HIASAN] Ibadah seikhlas hati memberi kesan ke dalam jiwa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia