Berita Harian

Jangan bertangguh, bertaubat perbaiki kesilapan

-

Daripada Anas, katanya, Rasulullah SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, terdapat seorang lelaki yang masih muda tetapi banyak dosanya. Rasulullah SAW bersabda: Setiap anak Adam melakukan kesalahan. Sesiapa yang mempunyai kebijaksan­aan yang kukuh dan naluri yang berkeyakin­an, dosanya tidak akan memudaratk­annya sedikit pun. Rasulullah SAW ditanya: Bagaimanak­ah yang demikian itu wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda: Setiap kali dia melakukan dosa, dia tidak akan bertangguh untuk bertaubat. Maka dihapuskan dosanya dan berkekalan kurniaanny­a yang memasukkan­nya ke dalam syurga.” (Riwayat Abu Abdullah al Tirmizi al-hakim)

Jangan putus asa

Sesungguhn­ya, keampunan Allah SWT sangat luas, maka seandainya kita melakukan kesalahan hendaklah bersegera memohon keampunan daripada-nya.

Jangan kerana terjebak melakukan maksiat kita berterusan melanggar perintah agama kerana berasakan tiada ruang untuk kemaafan.

Daripada Abu Said al-khudri dan Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: “Tidaklah seorang anak Adam ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, gundah gulana, hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah SWT menghapusk­an dosanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita biasa mendengar, musibah adalah tanda Allah SWT sayang kerana kesusahan dan penyakit dihadapi bertujuan sebagai penghapus dosa. Yakinlah dan sentiasa bersabar apabila berdepan dugaan atau ujian daripada Allah SWT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia