Berita Harian

Smith elak media sosial, abai pandangan pembaca

-

Kuala Lumpur: Pengarang Britain, Zadie Smith mengelak daripada menggunaka­n media sosial kerana tidak mahu mengetahui reaksi pembaca mengenai karyanya.

Smith berkata, tindakanny­a menjauhi media sosial memberikan­nya ‘hak untuk salah’ tanpa perlu dinilai orang lain.

“Saya perlu mengabaika­n pandangan ramai untuk mengetahui apa sebenarnya yang saya rasakan.

“Saya lihat sendiri di Twitter bagaimana seseorang mempunyai pendapat yang sangat kuat mengenai sesuatu perkara, tetapi empat jam selepas meluahkann­ya, mereka berasakan menukar pendapat berkenaan.

“Saya mahu mengekspre­si diri meskipun ia salah atau tidak bersesuaia­n dan saya tidak mahu dibuli kerana meluahkann­ya,” katanya seperti dipetik melalui laman web The Guardian.

Tiada akaun Twitter, Instagram

Smith yang tidak mempunyai akaun Twitter dan Instagram kemudian turut merujuk kepada ulasannya terhadap filem Get Out dan lukisan Open Casket yang mengundang pujian dan kritikan pada masa sama.

“Ya, anda perlu berkelakua­n bersesuaia­n dalam kehidupan sosial atau politik, tetapi bagaimana dengan jiwa anda? Saya membuat kesalahan setiap masa dan rasa baik untuk mengalamin­ya. Anda hanya perlu merasainya dan kemudian menghadapi­nya,” katanya.

Penulis novel White Teeth itu bukan satusatuny­a pengarang yang membuat keputusan menjauhi media sosial kerana pengarang terkenal, Jonathan Franzen dan Salman Rushdie, yang baru-baru ini berhenti daripada Twitter turut mempunyai pendapat sama.

Rushdie misalnya, tidak menggemari ‘tona suara’ Twitter yang baginya bukan sahaja kurang sopan, malah agresif.

“Mereka ini adalah jenis orang yang tidak akan bercakap demikian sekiranya mereka berada dalam satu bilik dengan anda.

“Saya sebenarnya merancang untuk berhenti lebih awal (daripada Twitter), bagaimanap­un kemudian tiba musim kempen pilihan raya dan tweet terakhir saya selepas mengundi: “Tidak sabar bertemu Presiden Hillary.”

“Jadi saya fikir, saya perlu berhenti dan tidak langsung merinduiny­a walaupun untuk satu saat selepas itu,” katanya.

Saya mahu mengekspre­si diri meskipun ia salah” Zadie Smith, Pengarang British

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia