Berita Harian

75 cedera lantai runtuh di Jakarta

Polis kepung kawasan kompleks bantu mangsa cemas

-

Sekurang-kurangnya 75 orang cedera bermandika­n serpihan cermin selepas lantai mezanin berdepan lobi utama di bangunan Bursa Saham Indonesia runtuh, semalam.

Bangunan terbabit adalah kompleks dua menara yang menjadi sasaran pengebom nekad militan Daesh pada September 2000 tetapi berjaya dimatikan polis.

Polis mengepung kawasan kompleks ketika orang ramai lari termasuk pelajar untuk menyelamat­kan diri daripada bangunan terbabit.

“Kami menumpukan kepada proses pemindahan ketika ini,” kata jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono kepada Metro TV.

Bunyi retak yang kuat

Gambar dan rakaman televisyen yang tersebar di laman sosial media menunjukka­n struktur logam yang runtuh terkumpul di sekitar kafe Starbucks berhampira­n pintu masuk ke lobi.

“Tingkat kedua bangunan runtuh,” kata pembantu peribadi kepada presiden Bursa itu, Tito Sulistio.

Seorang pekerja di bangunan itu, Megha Kapoor berkata, serpihan konkrit mula jatuh, terdapat banyak habuk, paip air pecah.

Saya mendengar bunyi retak yang kuat, saya melihat seorang wanita yang tidak sedarkan diri terperangk­ap di bawah kepingan konkrit,” katanya.

Megha berkata, terdapat sekumpulan pelajar sekolah menengah di kawasan itu ketika ia runtuh.

Pertukaran bursa disambung semula pada sebelah petang dan menurut presidenny­a, jumlah kakitangan yang cedera kurang daripada 20 orang.

 ??  ?? Gambar video (kiri) menunjukka­n orang ramai sedang berjalan atas lantai mezanin depan lobi utama Bursa Saham Indonesia di Jakarta, semalam dan hampir seminit kemudian ia mencetus suasana panik seperti dirakamkan dalam gambar 2 dan 3 apabila mereka yang...
Gambar video (kiri) menunjukka­n orang ramai sedang berjalan atas lantai mezanin depan lobi utama Bursa Saham Indonesia di Jakarta, semalam dan hampir seminit kemudian ia mencetus suasana panik seperti dirakamkan dalam gambar 2 dan 3 apabila mereka yang...
 ??  ?? 3
3
 ??  ?? 2
2
 ??  ?? Pegawai keselamata­n dan petugas memeriksa kerosakan selepas lantai mezanin di bangunan Bursa Saham Indonesia runtuh, semalam.
Pegawai keselamata­n dan petugas memeriksa kerosakan selepas lantai mezanin di bangunan Bursa Saham Indonesia runtuh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia