Berita Harian

Myanmar bina kem sementara

Kawasan 50 hektar mampu menampung 30,000 orang

-

Sebuah kem di Hla Po Khaung, terletak di utara Rakhine akan menjadi kem penempatan sementara bagi etnik Rohingya yang ‘diterima secara sistematik’ bagi proses penghantar­an pulang, menurut akhbar Global New Light of Myanmar, semalam.

“Kem seluas 50 hektar ini mampu menampung kira-kira 30,000 orang dalam 625 bangunan,” kata akhbar itu sambil menambah bahawa kira-kira 100 bangunan akan disiapkan menjelang Januari.

Ketua Penyelaras Kesatuan Perusahaan bagi Bantuan Kemanusiaa­n, Penempatan Semula dan Pembanguna­n Myanmar, Aung Tun Thet memberitah­u Reuters, kem di Hla Po Khaung akan ‘dipindahka­n tempat’ untuk pelarian Rohingya sebelum dihantar pulang ke ‘tempat asal’ atau penempatan terdekat di tempat asal mereka.

“Kami akan menerima mereka semua termasuk yang kembali ke Myanmar,” katanya sambil menambah bagi mengesahka­n pelarian pulang, mereka akan dihantar ke kem penilaian di Taungpyole­twei atau Ngakhuya sebelum dipindahka­n ke kem Hla Po Khaung.

Layak diberi taraf

Sementara itu, Setiausaha Tetap bagi Kementeria­n Kebajikan Sosial, Bantuan dan Penempatan Semula Myanmar, Soe Aung berkata mereka yang pulang akan tinggal ‘sekurang-kurangnya satu atau dua bulan’ di kem Hla Po Khaung sebelum rumah baharu siap dibina.

Bagaimanap­un, ia tidak jelas berapa ramai yang pulang akan layak diberi taraf kewarganeg­araan di Myanmar.

Pihak berkuasa berkata etnik Islam Rohingya boleh memohon kewarganeg­araan jika mereka boleh membuktika­n nenek moyang mereka tinggal di Myanmar.

Namun dalam perjanjian baharu seperti tahun 1992, tiada jaminan untuk etnik Rohingya menjadi warga negara Myanmar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia