Berita Harian

12,000 penduduk diarah pindah

Pakar gunung berapi ramal mungkin meletus beberapa hari lagi

-

Lebih 12,000 penduduk diarah meninggalk­an zon pemindahan tujuh kilometer berikutan amaran aliran lahar dan asap toksik akibat aktiviti Gunung Berapi Mayon yang dijangka meletus beberapa hari lagi.

Kawah gunung berapi aktif itu berwarna merah terang, semalam dengan pakar gunung berapi meramalkan ia mungkin meletus beberapa hari lagi.

Saintis berkata, gempa bumi dan batuan jatuh menggegark­an puncak Mayon sejak 24 jam lalu susulan sejumlah letusan didorong wap.

“Agak berbahaya untuk keluarga berada dalam lingkungan itu dan menyedut abu. Oleh kerana hujan berterusan sejak beberapa minggu lalu, serpihan termendap dalam cerun Mayon boleh menjurus aliran lahar.

“Jika hujan tidak berhenti, ia mungkin berbahaya,” kata ketua pejabat pertahanan awam rantau, Claudio Yucot.

Ada tanda peningkata­n

Gunung berapi itu, berbentuk kon hampir sempurna, terletak sejauh 330 kilometer di barat daya Manila.

Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS) berkata, letusan didorong wap dan batuan jatuh hujung minggu lalu serta kawah kelihatan menyala petang semalam adalah tanda peningkata­n aktiviti kubah lahar baharu.

Kali terakhir lahar mengalir dari Mayon adalah pada 2014 apabila 63,000 penduduk terpaksa berpindah. Mayon yang setinggi 2,460 meter mempunyai sejarah panjang letusan membawa maut.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Gunung Mayon mengeluark­an asap seperti dirakamkan dari Legazpi, Albay, di Filipina, semalam.
[ FOTO REUTERS ] Gunung Mayon mengeluark­an asap seperti dirakamkan dari Legazpi, Albay, di Filipina, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia