Berita Harian

Pemain syor ‘pengadil lawak’ digantung

-

Paris: Pengadil Tony Chapron menjadi watak jahat dalam kemenangan Paris Saint-germain 1-0 mengatasi Nantes semalam, selepas insiden pelanggara­n dengan Diego Carlos sebelum menyepak pemain Brazil itu dan melayangka­n kad merah.

Ketika masa kecederaan dan PSG sedang melakukan serangan balas pantas, Chapron memasuki laluan pertahanan tengah Nantes, Carlos dan tersungkur atas padang.

Pegawai perlawanan itu mengejutka­n penonton di stadium dan penonton televisyen apabila menyepak Carlos ketika masih terjatuh, insiden yang mengingatk­an kembali apa yang berlaku kepada David Beckham pada Piala Dunia 1998, sebelum melayangka­n kad kuning kedua buat pemain malang itu.

Memang lawak

“Dia memberitah­u saya dia tidak pernah mahu menyepak pemain itu dan dia merasakan ditolak dari belakang,” kata presiden Nantes, Waldemar Kita selepas bercakap dengan Chapron.

“Ia sesuatu yang lawak. Saya menerima 20 mesej dari seluruh dunia memberitah­u saya pengadil ini lawak,” kata Kita kepada TV Perancis.

“Apa yang anda mahu saya katakan? Jika saya bercakap banyak saya akan dipanggil mengadap suruhanjay­a etika. Kami tidak ada hak untuk berkata apa-apa.”

Pemain tengah Nantes, Valentin Rongier yang melihat insiden berkenaan, meminta pengadil berkenaan dikenakan penggantun­gan panjang.

“Dia kata terjatuh, tapi saya tahu dia menyepakny­a,” kata Rongier kepada Canal.

AFP

 ??  ?? Diego Carlos (kiri) menerima kad merah daripada pengadil, Tony Chapron.
Diego Carlos (kiri) menerima kad merah daripada pengadil, Tony Chapron.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia