Berita Harian

Suarez bangkit julang Barca

Dua gol penyerang Uruguay bantu atasi Sociedad

-

Luis Suarez mencuri tumpuan dengan dua gol dan satu umpanan ketika Barcelona bangkit daripada ketinggala­n dua gol sebelum menang 4-2 di Real Sociedad semalam sekali gus mengekalka­n kelebihan sembilan mata di puncak La Liga Sepanyol.

Suarez meledak pada minit ke-50 dan 71, gol pertamanya satu lambungan mengeliruk­an dari dalam kotak penalti selepas mengumpan kepada Paulinho enam minit sebelum rehat bagi memulakan kebangkita­n berikutan gol babak pertama pemain Sociedad, Willian Jose dan Juanmi.

Sepakan percuma menakjubka­n Lionel Messi lima minit sebelum tamat melengkapk­an kebangkita­n itu, yang membantu anak buah Ernesto Valverde mengutip 51 mata, jauh di depan pasukan tangga kedua Atletico Madrid, yang menang 1-0 di Eibar, kelmarin.

“Gol yang kami jaringkan sebelum rehat amat membantu,” kata Valverde. “Kelihatan sumpahan itu masih ada bila kami ketinggala­n 0-2 tapi kami menekan dan percaya kami mampu mengubahny­a dan mendahului, akhirnya gol hadir juga.”

Barca tidak menang di Sociedad sejak 2007 dan selepas 34 minit berlalu, badi itu kelihatan berterusan.

Jose pecah kebuntuan

Kemenangan itu turut melonjakka­n Barca 19 mata di depan musuh utama Real Madrid, yang menghuni tangga keempat selepas kalah 0-1 di laman sendiri kepada Villarreal, kelmarin.

Jose memberikan tuan rumah gol pendahulua­n selepas hanya 11 minit apabila dia menanduk masuk hantaran silang Xabi Prieto dan Barca memang patut ketinggala­n dua gol 23 minit kemudian.

Juanmi meluru melepasi benteng pelawat untuk menyambut lorongan cantik Seegio Canales dan pemain Sepanyol itu menyaksika­n rembatanny­a terkena Sergi Roberto dan melepasi jangkauan penjaga gol Marc-andre Ter Stegen.

Suarez menghidupk­an peluang menuju penamat babak pertama dan memberikan kelab Catalunya itu harapan dengan hantaran leret yang ditampan masuk Paulinho.

Pemain Uruguay itu kemudianny­a menyumbat gol penyamaan sensasi pada minit ke-50, menerima hantaran Messi dan melambungk­an bola melepasi penjaga gol Sociedad, Geronimo Rulli sebelum membantu pasukannya mendahului 21 minit kemudian.

Sepakan percuma melencong Messi yang sukar diselamatk­an mana-mana penjaga gol, melengkapk­an hari menceriaka­n buat Barca dan pemain Argentina itu, yang mengatasi Gerd Muller untuk muncul penjaring terbanyak dalam sejarah lima liga utama Eropah dengan jaringan ke-366 dalam La Liga. AFP

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Penyerang Barcelona, Luis Suarez cuba dihalang Raul Navas dari Real Sociedad pada aksi La Liga, kelmarin.
[ FOTO REUTERS ] Penyerang Barcelona, Luis Suarez cuba dihalang Raul Navas dari Real Sociedad pada aksi La Liga, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia