Berita Harian

United tak sanggup hilang De Gea

-

Manchester: Jose Mourinho membayangk­an bahawa Manchester United akan melakukan apa saja untuk menyambung kontrak David de Gea.

Kontrak penjaga gol Sepanyol itu yang hampir menyertai Real Madrid pada 2015 dan terus dikaitkan dengan perpindaha­n ke sana, akan tamat pada Jun 2019, walaupun United ada pilihan untuk menyambung­nya lebih lama.

Bagaimanap­un pengurus United itu berkata, kelab itu berminat untuk membincang­kan kontrak baharu tidak lama lagi dengan akhbar British melaporkan kelab berkenaan mahu penjaga gol itu menyambung kontrak sehingga 2023.

Pemain berusia 27 tahun yang dibeli daripada Atletico Madrid dengan harga 18.9 juta pound (RM102.79) pada Jun 2011, adalah pemain terbaik United bagi tahun 2014 dan 2015, dan Mourinho melihatnya boleh memainkan peranan penting buat kelab itu kembali ke kedudukan teratas bola sepak England dan Eropah.

Kesal bertikam lidah

“Kami tidak akan membiarkan pilihan itu hilang,” kata Mourinho. “Penjaga gol sepertinya, terutama di kelab yang mahu menjadi lebih baik, kami tidak akan membiarkan pilihan itu berlalu begitu saja.

“Namun jelas kami akan cuba memberikan­nya kontrak yang akan meletakkan­nya di sini lebih lama daripada pilihan itu.”

Ditanya sama ada perbincang­an kontrak dengan De Gea sedang berlangsun­g, Mourinho berkata: “Saya tidak tahu. Saya hanya percayakan ahli majlis dan kerja yang mereka lakukan.

“Saya tidak berbincang dengan pemain, saya tidak berbincang mengenai nombor dalam kontrak, saya hanya katakan ia jelas, dan sesiapa saja daripada anda boleh berkata perkara sama, dia mesti dikekalkan.”

Sementara itu Mourinho berkata dia kadangkala menyesal bertikam lidah dengan pengurus lain sambil berkata dia tidak percaya dirinya sentiasa mencari salah.

 ??  ?? David de Gea
David de Gea

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia