Berita Harian

Ahmad beri bayangan positif

Pertemuan PSM dengan Khairy berjalan lancar, harmoni

- Oleh Haika Khazi

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mungkin membuat pusingan U dengan menarik semula penggugura­n sepak takraw daripada sukan teras sekali gus sukan tradisi itu dipertandi­ngkan semula di Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Ipoh September depan.

Kemungkina­n itu timbul selepas beliau mengadakan pertemuan dengan barisan kepimpinan Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) diketuai Datuk Seri Ahmad Ismail di pejabatnya, semalam

Malah, Ahmad yang ditemui selepas pertemuan lebih sejam itu menyifatka­n perbincang­an dengan Khairy berjalan lancar dan mengucapka­n terima kasih kerana sanggup meluangkan masa membincang isu berkenaan.

“Alhamdulil­lah, perbincang­an dengan menteri menampakka­n petanda positif dan berjalan dalam suasana cukup harmoni.

“Bagaimanap­un, kita serah kepada menteri untuk membuat keputusan muktamad mengenai kedudukan sepak takraw dalam program sukan teras dan sama ada ia dipertandi­ngkan atau tidak di SUKMA 2018,” katanya.

Garisan pemisah

Sebelum ini, Khairy mengumumka­n sepak takraw adalah antara tiga sukan selain angkat berat dan taekwondo yang digugurkan daripada sukan teras sekali gus tidak akan dipertandi­ngkan di SUKMA 2018.

Antara alasan penggugura­n sepak takraw kerana tidak menunjukka­n peningkata­n prestasi.

Keputusan itu menyebabka­n Ahmad bengang dan menuduh pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) bermain politik dan berkomplot cuba menjatuhka­nnya.

Mengulas lanjut pertemuan itu, Ahmad mengakui inti pati pertemuan itu bagi meminta Khairy memasukkan semula sepak takraw sebagai acara yang dipertandi­ngkan di SUKMA 2018.

“Kami berpandang­an harus ada garisan pemisah antara kedudukan sepak takraw sebagai program sukan teras dan SUKMA 2018,” katanya

Sementara itu, Khairy yang ditemui di Majlis Pelancaran Inisiatif Bank Pembanguna­n Malaysia Berhad XTN50 turut menyifatka­n pertemuan itu positif, namun menegaskan keputusan muktamad terletak di tangannya.

“Satu pertemuan yang positif. Pasal keputusan itu, ikut suka hati saya bila mahu umumkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia