Berita Harian

Li Jane juarai boling Ballmaster di Helsinki

- Oleh Fabian Peter

Kuala Lumpur: Atlet boling negara, Sin Li Jane menjuarai Kejohanan Brunswick Ballmaster di Helsinki, Finland, kelmarin.

Kejayaan itu adalah gelaran ketiga Jelajah Boling Eropah (EBT) diraih atlet berusia 26 tahun dari Perak itu, sejak me menangi Kejuaraan Masters EBT di San Marino dan Terbuka Track Dream Bowlpalace keduaduany­a pada 2016.

Pada saingan final di Tali Bowl, kelmarin, Li Jane yang menamatkan musim lalu sebagai atlet boling nombor dua Asia menewaskan atlet Finland, Kimmo Lehtonen 277174.

Sebelum itu, Li Jane, yang juga pemain tunggal Malaysia layak ke separuh akhir (Final Step 4), apabila menamatkan saingan di tangga kedua Kumpulan A dengan mengumpul 3,670 jatuhan pin.

Bawa pulang RM48,000

Pada separuh akhir, Li Jane mengatasi naib juara Kumpu lan B, Bill O’neill dari Amerika Syarikat (AS) 247238 manakala juara Kumpulan A, Cherie Tan dari Singapura tewas 268211 kepada Lehtonen.

Li Jane ketika dihubungi berkata: “Saya rasa semua yang berlaku ada sebab. Hanya minggu lalu, saya terpaksa berhenti pada Final Step 1 (Kejohanan Antarabang­sa AIK) di Sweden, kerana saya rasa tidak begitu sihat.

“Ini pastinya permulaan yang bagus untuk musim ini, dan saya harap rentak ini akan berterusan.

“EBT bukanlah sesuatu yang mudah. Saya pernah cuba untuk final ini.”

Li Jane yang mensasarka­n untuk beraksi baik pada Sukan Asia pada Ogos, meraih 10,000 euro (RM48,000) selepas kemenangan di Finland.

Saingan seterusnya buat atlet negara ialah Cabaran Brunswick Euro di Munich, Jerman pada Mac.

 ??  ?? Li Jane bersama trofi yang dimenangin­ya pada Kejohanan Brunswick Ballmaster di Helsinki, Finland, kelmarin.
Li Jane bersama trofi yang dimenangin­ya pada Kejohanan Brunswick Ballmaster di Helsinki, Finland, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia