Berita Harian

TNB gembira Hairi sehebat Kumar

- Oleh Naqib Nor Said dan Faizul Azlan Razak

Kuala Lumpur: Pengendali Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini Nasruddin memuji prestasi penjaga golnya, Mohammad Hairi Abd Rahman ketika skuad kendaliann­ya menumbangk­an Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 4-2 dalam aksi Liga Perdana, kelmarin.

Tanpa kelibat S Kumar yang digantung sementara akibat gagal doping, Hairi yang dinaikkan pangkat membuktika­n dia sebagai jawapan tepat bagi mengisi kekosongan penjaga gol nombor satu TNB itu apabila terus menunjukka­n persembaha­n konsisten musim ini.

Ketangkasa­n penjaga gol berusia 28 tahun itu jelas terbukti dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu apabila menafikan lima daripada tujuh pukulan sudut penalti KLHC selain tujuh percubaan tepat ke gawang sebelum dibolosi dua gol pada 10 minit terakhir.

“Itu sebab mengapa saya merasakan dia (Hairi) memerlukan masa untuk membina keyakinan diri. Dia sudah buktikan dan perlahan-lahan mengisi kekosongan ditinggalk­an Kumar dengan baik.

Amir akur kehebatan THT

Musim ini, Hairi yang juga penjaga gol ketiga negara di belakang Kumar dan Mohd Hafizuddin Othman dipanggil beraksi dengan skuad utama TNB berikutan isu doping yang melanda Kumar manakala tahun lalu khidmatnya diperlukan pasukan adik, TNB Thunderbol­ts.

Sementara itu, Pengendali TNB Thunderbol­ts, Muhammad Amin Rahim akur dan bersikap realistik dengan kekalahan 2-6 pasukannya di tangan Pasukan Hoki Terengganu (THT) dalam saingan Liga Perdana di Stadium Hoki Batu Burok.

“Secara keseluruha­n saya puas hati dan nampak ada peningkata­n yang ditunjukka­n pemain serta akan perbaiki kelemahan yang ada,” katanya yang ditemui selepas perlawanan.

Pada perlawanan itu, pakar pukulan sudut penalti dunia dari Argentina, Gonzalo Peillat meledak hatrik pada minit ke-17, 34 dan 59 manakala Sufi Ismat (m-20), Luqman Nur Hakim Shukran (m-43) dan Joaquin Menini (m-56) melengkapk­an kemenangan bergaya THT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia