Berita Harian

Chan, Goh mahu cari rentak

Beregu campuran negara tak mahu letak sasaran tinggi

- Oleh Helmi Talkah

Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-goh Liu Ying enggan meletakkan sasaran tinggi menjelang saingan Malaysia Masters yang akan berlangsun­g di Axiata Arena Bukit Jalil bermula hari ini.

Walaupun masih segar dengan kejayaan muncul juara Thailand Masters kelmarin, namun pasangan ke-21 dunia itu mengakui cabaran pada saingan Malaysia Masters lebih sukar dengan penyertaan pasangan utama dunia.

“Kami tidak letak sasaran yang tinggi termasuk terlalu memikirkan untuk menjadi juara. Undian untuk saingan Malaysia Masters sudah pasti lebih sukar.

“Jadi, lebih baik kami fokus satu demi satu perlawanan dan cuba melakukan yang terbaik. Paling penting kami mahu mendapatka­n semula rentak permainan kami,” kata Liu Ying.

Peng Soon-liu Ying meraih gelaran sulung untuk tahun 2018 selepas menjadi juara Thailand Masters hasil kemenangan ke atas pasangan tuan rumah, Dechapol Puavaranuk­roh-puttita Supajiraku­l 21-15, 14-21, 21-16 dalam aksi final, kelmarin.

Perlu kerja keras

Peng Soon-liu Ying yang juga pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 akan membuka tirai saingan Malaysia Masters menentang beregu Singapura, Terry Hee-tan Wei Han di pusingan pertama.

Jika menang, mereka berdepan cabaran sukar apabila bakal menentang sama ada pilihan keenam dari Denmark, Mathias Christians­en-christinna Pedersen atau pasangan China, Lu Kai-zhao Chaomin.

Dalam pada itu, pemain muda berbakat, Leong Jun Hao berjanji tidak akan menjadi ‘besar kepala’ selepas dia dilihat antara bintang yang mampu mengambil alih tempat Datuk Lee Chong Wei sebagai jaguh perseorang­an lelaki negara.

Juara remaja Asia 2017 itu berkata, perjalanan­nya sebagai pemain badminton masih jauh dan pada masa sama enggan dibandingk­an dengan Chong Wei yang juga idolanya.

“Saya tidak mahu terlalu fikir mengenai apa yang diperkatak­an orang luar (menjadi pengganti tempat Chong Wei) kerana bagi saya perjalanan saya masih panjang. Saya perlu bekerja keras lagi dan menjalani latihan dengan gigih bagi mencapai tahap tertinggi.

 ??  ?? Peng Soon (kanan) dan Liu Ying menggalask­an tugas berat menjulang maruah negara di Malaysia Masters.
Peng Soon (kanan) dan Liu Ying menggalask­an tugas berat menjulang maruah negara di Malaysia Masters.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia