Berita Harian

Pelatih mesti manfaat peluang di ABM

-

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menasihatk­an pemain Liga Remaja Kebangsaan Airasiabam (ABNJL) 2017 yang terpilih menyertai Akademi Badminton Malaysia (ABM) tidak menolak tawaran berkenaan.

Presidenny­a, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menegaskan ia akan merugikan pemain berkenaan sekiranya menolak tuah itu sedangkan peluang keemasan berkenaan membolehka­n mereka berlatih di bawah satu bumbung bersama idola, Datuk Lee Chong Wei.

Malah, beliau mengakui dengan gabungan pemain sedia ada, pelapis dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan juara ABNJL, negara akan memiliki bakat hebat yang dikumpulka­n dalam satu tempat.

“Kemasukan pemain ABNJL menyaksika­n kita mempunyai bakat yang hebat. Perkara berkenaan sudah dijanjikan sebelum ini (pemain yang berjaya muncul juara diserapkan bakal diserapkan dalam ABM) ketika perlawanan di peringkat negeri,” katanya.

ABNJL acara tahunan

Menurutnya, janji itu jelas membuatkan semangat pemain berkobar-kobar kerana juara lelaki dan wanita dijanjikan slot automatik ke ABM.

“Ini adalah impian pemain di luar sana, di mana mereka boleh berlatih satu bumbung bersama Chong Wei dan jaguh Olimpik lain. Kita dapat lihat semangat mereka apabila diterjemah­kan dalam perlawanan akhir ABNJL.

“Bagaimanap­un, kesemua yang muncul juara tertakluk kepada syarat, seperti pemeriksaa­n kesihatan dan perlu mendapat keizinan keluarga. Secara dasar memang kita pilih pemain ( juara) secara automatik ke akademi,” katanya.

Dalam pada itu, Norza mengakui edisi sulung ABNJL sangat memberangs­angkan dan mahu menjadikan kejohanan berkenaan sebagai acara tradisi setiap tahun.

Pada edisi sulung ABNJL kelmarin, Selangor berjaya merangkul kedua-dua trofi lelaki dan wanita dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia