Berita Harian

Arab Saudi risau kelibat Akhyar

-

penyerang muda negara, Akhyar Abdul Rashid sememangny­a mengundang kebimbanga­n buat Arab Saudi pada aksi terakhir Kumpulan C di Stadium Kunshan, China hari ini.

Biarpun Akhyar, 18, dilaporkan mengalami kecederaan dan masih 50-50 untuk diturunkan namun Arab Saudi, juara 2013 tetap berwaspada.

Bagi penolong jurulatih Arab Saudi, Saleh Al Mohamdi, kelincahan pemain Kedah itu bersama penjaring dua gol negara Safawi Rasid sememangny­a perlu diawasi dalam perlawanan penentu ke suku akhir.

“Dia (Akhyar) pemain yang bagus dan Malaysia juga pasukan yang memiliki taktik yang bagus. Selain Akhyar, pemain nombor 6 (Safawi Rasid) dan pertahanan nombor 17 (Irfan Zakaria) juga bagus.

Pemain bersemanga­t

Kami sudah membuat persiapan yang baik kerana esok (hari ini) adalah perlawanan yang sukar buat kami. Arab Saudi dan Malaysia memerlukan kemenangan untuk mara ke pusingan kedua, tapi kami bersedia,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan, semalam.

Hidup mati Arab Saudi yang dibimbing Daniel Eduardo Teglia untuk mara ke suku akhir bergantung kepada keputusan menentang Malaysia selepas hanya seri 2-2 dengan Jordan dan 0-0 berdepan Iraq.

Atas kertas sememangny­a Arab Saudi pasukan lebih ampuh apabila dibarisi 10 pemain yang pernah menimba pengalaman bersama skuad senior.

Saleh berkata, pemain bersemanga­t untuk membuktika­n kemampuan di kejohanan ini bagi merebut tempat bersama skuad Piala Dunia di Russia.

“Ini kali pertama lawan Malaysia tapi kami sudah melihat dua perlawanan Malaysia menentang Iraq dan Jordan, kami tahu Malaysia pasukan yang baik dan kami sudah membuat persediaan.

“Pemain yang bagus daripada skuad ini akan dinilai bagi menyertai skuad ke Piala Dunia,” katanya.

 ??  ?? Akhyar Abdul Rashid
Akhyar Abdul Rashid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia