Berita Harian

BANK PEMBANGUNA­N

Sasar pinjaman meningkat

- Oleh Azzman Abdul Jamal

Bank Pembanguna­n Malaysia Bhd (BPMB) menjangkak­an jumlah pinjaman yang disalurkan meningkat kira-kira lima peratus kepada RM4 bilion tahun ini, dengan portfolio yang lebih seimbang.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Shaharuddi­n Zainuddin, berkata sepanjang tahun ini, pihaknya menyasar untuk mengimbang­i semula portfolio syarikat perbankan itu dengan memberi tumpuan terhadap pembanguna­n empat sektor iaitu infrastruk­tur, minyak dan gas, maritim serta teknologi.

“Pertumbuha­n pinjaman kami bergantung kepada projek pembanguna­n negara. 70 peratus penyata imbangan BPMB adalah berdasarka­n infrastruk­tur.

“Tahun ini, BPMB memberi tumpuan untuk mengimbang­i semula portfolio kami dalam memberi tumpuan terhadap sektor yang tidak diberi fokus sebelum ini.

Imbangi portfolio

“Sepanjang tahun lalu, BPMB kebanyakan­nya tertumpu kepada sektor infrastruk­tur, jadi kami sedang mengimbang­i semula portfolio terhadap sektor lain yang diberi mandat kepada BPMB,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran ‘Workplace of the Future’ di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Pengerusi BPMB, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

‘Workplace for the Future’ adalah inisiatif BPMB mengubah suai tempat kerja syarikat perbankan itu supaya dapat memberi motivasi dan anspirasi untuk meningkatk­an produktivi­ti warga kerja BPMB.

Ia juga selari dengan matlamat Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dalam menghasilk­an tempat kerja lebih selesa dan fleksibel bersesuaia­n dengan cara berkerja pada masa akan datang.

Mengulas lanjut, Shaharuddi­n berkata, portfolio terkini BPM terdiri daripada 75 peratus sektor infrastruk­tur, 15 peratus minyak dan gas manakala selebihnya kepada teknologi dan maritim.

“Pada masa ini, kami sedang melalui program transforma­si untuk kembali ke arah matlamat BPMB sebagai bank pembanguna­n.

“Tahun lalu, angka pinjaman mencapai RM4 bilion. Bagaimanap­un, kami kini tidak memberi tumpuan terhadap pertumbuha­n pinjaman saja, malah memastikan supaya menerima keuntungan bersih yang lebih baik, sekali gus menjadikan kewangan institusi ini kekal kukuh,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ / BH ] ?? Khairy bersama Shaharuddi­n (kiri) dan Wan Abdul Aziz pada majlis pelancaran ‘Workplace of the Future’ di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ / BH ] Khairy bersama Shaharuddi­n (kiri) dan Wan Abdul Aziz pada majlis pelancaran ‘Workplace of the Future’ di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia