Berita Harian

ANGKASA komited lindungi industri sawit

Koperasi yakin ICA platform berkesan bantah Kempen Antiminyak Sawit EU

- Oleh Sofyan Rizal Ishak

AAngkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) mengambil langkah proaktif bagi melindungi industri sawit demi menjamin kelangsung­an pendapatan ahli koperasi yang terbabit secara langsung dengan komoditi itu.

Presidenny­a, Datuk Abdul Fattah Abdullah, berkata ramai ahli Angkasa terbabit dalam industri minyak sawit seperti koperasi di tanah rancangan FELDA, koperasi pekebun kecil di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), koperasi peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutua­n (FELCRA) dan koperasi lain yang memiliki ladang sawit.

Bakal kemuka isu

Justeru, beliau berkata, ANGKASA bakal mengemukak­an isu Kempen Antiminyak Sawit yang dijalankan oleh Kesatuan Eropah (EU) melalui Mesyuarat Lembaga Ikatan Koperasi Antarabang­sa (ICA) di Brussels, Belgium hingga Jumaat ini.

“Perkara ini amat penting kerana ia secara langsung bakal menjejaska­n pendapatan kirakira 700,000 ahli koperasi dan 3.2 juta isi rumah ahli koperasi selain pendapatan daripada eksport minyak sawit negara,” katanya pada sidang media isu Kempen Antiminyak Sawit di Kuala Lumpur, semalam.

Abdul Fattah berkata, isu Kempen Antiminyak Sawit akan dikemukaka­n oleh badan puncak gerakan koperasi Malaysia itu melalui Naib Presiden ANGKASA yang juga ahli lembaga ICA global, Datuk Kamarudin Ismail.

“ANGKASA bukan sahaja melindungi kepentinga­n ahli koperasi Malaysia malah berjuang bagi ahli koperasi di 10 negara pengeluar minyak sawit utama dunia seperti Thailand, Indonesia, Colombia, Ecuador, Ghana, Papua New Guinea, Guatemala, Nigeria dan Honduras,” katanya.

Beliau berkata, ANGKASA yakin ICA mampu menjadi platform berkesan dalam membantah isu Kempen Antiminyak Sawit dan ia akan lebih didengari dan diberi perhatian memandangk­an ICA adalah badan kemuncak koperasi dunia yang dianggotai 105 negara.

“Apa yang kami disuarakan ini adalah isu yang berada di bawah skop ANGKASA sebagai badan kemuncak koperasi di Malaysia untuk memperjuan­gkan supaya minyak sawit diterima di semua negara kerana banyak koperasi bergantung kepada hasil sawit.

“Kami berharap EU memberikan pertimbang­an sewajarnya supaya mereka dapat menerima kemasukan minyak sawit di rantau terbabit untuk pelbagai kegunaan,” katanya.

Suasana ekonomi lebih baik

Abdul Fattah berkata, selain pengukuhan harga sawit, ANGKASA juga menyandark­an kepada suasana ekonomi lebih baik dan pengukuhan ringgit untuk membolehka­nnya mencapai sasaran ditetapkan tahun ini.

“Selain faktor di atas, prospek lebih baik ini turut dipacu perkembang­an gerakan koperasi yang mencatatka­n pertambaha­n jumlah dan inisiatif yang sedang serta akan diberikan kerajaan kepada sektor koperasi tempatan,” katanya.

Tahun lalu, industri koperasi Malaysia mencatatka­n pendapatan sebanyak RM41 bilion, sekali gus melebihi sasaran ditetapkan iaitu RM40 bilion.

 ??  ?? Abdul Fattah (tiga dari kiri) bersama Kamarudin (dua dari kiri) pada sidang media isu Kempen Antiminyak Sawit di Kuala Lumpur, semalam.
Abdul Fattah (tiga dari kiri) bersama Kamarudin (dua dari kiri) pada sidang media isu Kempen Antiminyak Sawit di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia