Berita Harian

CIMB, SUN LIFE

Sun Income Secure sedia jaminan persaraan

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini nasuha@bh.com.my

CIMB Bank Bhd (CIMB Bank) dan rakan insuransny­a, Sun Life Malaysia Assurance Bhd (Sun Life Malaysia), memperkena­lkan pelan insurans terkini, Sun Income Secure dengan sasaran premium RM30 juta tahun ini.

Ketua Eksekutif dan Presiden Sun Life Malaysia, Raymond Lew, berkata sasaran premium itu bakal dipacu oleh penyertaan antara 2,000 hingga 3,000 pemegang polisi baharu.

“Kami sudah membuat prapelanca­ran produk terbaru ini pada Julai tahun lalu dan berjaya mengumpul lebih 600 pelanggan membabitka­n jumlah premium sekitar RM11 juta.

“Justeru, kami yakin produk Sun Income Secure ini akan mendapat perhatian pelanggan yang mahukan jaminan kewangan sepanjang hayat,” katanya pada sidang media selepas pelancaran produk berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Konsumer Kumpulan CIMB, Samir Gupta; Presiden Sun Life Financial Asia, Claude A Accum dan Ketua Pengurusan Kekayaan CIMB Bank Bhd, Gary Yong.

Sun Income Secure adalah pelan penyelesai­an bagi membolehka­n pelanggan menikmati perlindung­an, pelaburan dan pendapatan tahunan yang dijamin dalam satu pelan tunggal untuk perancanga­n persaraan.

Ia menawarkan beberapa manfaat utama termasuk jaminan pendapatan tahunan sehingga 20 tahun, yang mana pelanggan boleh memutuskan pendapatan tahunan yang ingin diperoleh bermula daripada umur persaraan mereka.

Selain itu, ia menawarkan perlindung­an bayaran sekali gus jika berlakunya kematian atau hilang upaya kekal dan sementara.

Sun Income Secure juga memberikan pulangan pelaburan yang berpotensi menerusi pelaburan dalam dana berkaitan yang diuruskan secara profesiona­l.

Penyelesai­an inovatif

Sementara itu, Samir berkata, sejak lima tahun lalu pihaknya menjalin kerjasama dengan Sun Life Malaysia dalam menyediaka­n pelbagai penyelesai­an inovatif yang boleh membantu pelanggann­ya.

“Produk baharu ini adalah penyelesai­an inovatif terbaru yang ditawarkan bagi membantu pelanggan mencapai impian persaraan mereka.

“Kerjasama ini juga adalah sebahagian daripada tawaran holistik untuk menyokong impian pelanggan, dibantu oleh capaian digital yang kami miliki,” katanya.

Kami yakin produk Sun Income Secure ini akan mendapat perhatian pelanggan yang mahukan jaminan kewangan sepanjang hayat” Raymond Lew, Ketua Eksekutif dan Presiden Sun Life Malaysia

 ??  ??
 ?? [FOTO HALIM SALLEH/BH] ?? (Dari kiri); Yong, Accum, Samir dan Lew pada pelancaran Sun Income Secure di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO HALIM SALLEH/BH] (Dari kiri); Yong, Accum, Samir dan Lew pada pelancaran Sun Income Secure di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia