Berita Harian

Sanichi, MNC sedia inap desa mewah

MOU kendalikan 120 unit dwi-kunci Marina Point

- Oleh Nurhayati Abllah

Sanichi Property Sdn Bhd (SPSB), sebuah syarikat milik penuh Sanichi Technology Bhd dan MNC Wireless Bhd (MNC) memeterai memorandum persefaham­an (MOU) bagi menyediaka­n pajakan dalam talian atau perkhidmat­an sewaan jangka pendek bagi projek pembanguna­n Marina Point di Klebang, Melaka.

Di bawah MOU itu, MNC akan memajak, menaik taraf, memasarkan dan mengendali­kan 120 unit dwi-kunci Marina Point, menjadi unit inap desa mewah SPSB.

SPSB memiliki perjanjian pajakan khas dengan pembeli unit individu projek terbabit untuk tempoh 10 tahun, selepas ia disiapkan.

MNC pula akan membangun dan menggunaka­n operasi pemasarann­ya melalui pasaran komuniti dalam talian untuk pelancong menempah unit inap desa terbabit melalui aplikasi berasaskan web dan mudah alih yang mudah.

Ia sekali gus memberikan pendapatan sewaan lumayan kepada semua pemegang kepentinga­n, termasukla­h pemilik baharu Marina Point.

Perkhidmat­an trend terbaru

Pengarah Urusan Sanichi Technology, Datuk Seri Dr Pang Chow Huat, berkata beliau yakin dengan projek Marina Point kerana ia berdekatan dengan pusat strategik termasuk Dataran Melaka, ‘Impression City’, Pelaburan China, Lapangan Terbang Melaka, selain terletak hanya 30 minit dari Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus memberi manfaat kepada pemilik unit Marina Point.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif MNC, Christophe­r Tan Chor How, berkata jurang permintaan dan penawaran hospitalit­i di Melaka membuka peluang keemasan dan syarikat yakin kerjasama akan menyumbang kepada impak lebih positif.

“Perkhidmat­an penyewaan dalam talian atau perkhidmat­an sewaan jangka pendek kini menjadi trend terbaru dan berpotensi besar.

“Ini peluang yang jarang berlaku dan kami yakin pemilik dan pengendali unit akan beroleh manfaat daripada penjimatan kos operasi itu,” katanya dalam kenyataan bersama Sanichi dan MNC di Kuala Lumpur, semalam.

Projek babit kos RM230 juta

Marina Point adalah projek pembanguna­n bercampur hartanah pegangan bebas membabitka­n nilai pembanguna­n kasar (GDV) Pengarah Eksekutif MNC

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia