Berita Harian

Tesco buka cawangan baharu di Johor, Pulau Pinang

-

Tesco Malaysia akan membuka dua cawangan baru bagi tahun kewangan 2018/2019 dengan lokasi pilihan di Kota Masai, Johor dan Bagan Ajam, Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutif, Paul Ritchie, berkata biarpun berdepan tahun yang mencabar pada 2017, namun pihaknya komited memenuhi keperluan pelanggan dengan membuka rangkaian baharu.

Katanya, tahun lalu pihaknya turut membuka dua cawangan baru iaitu di Bertam, Pulau Pinang dan Parit Raja, Johor serta menambah baik empat cawangan utama di Kota Bharu, Extra Penang (e-gate), Tanjung Pinang dan Setia Alam.

“Mengikut jadual, kami akan terus menambah baik dua lagi cawangan Tesco, iaitu di Bukit Indah dan Shah Alam menjelang Februari 2018.

“Tesco Malaysia sentiasa berusaha untuk memastikan pelanggan mendapat barang keperluan pada harga berpatutan dan menerusi cawangan baharu ini kami harap ia memberi pengalaman membelibel­ah yang lebih baik kepada rakyat Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran Kempen Magic Of Ong 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Ia dirasmikan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Kempen Magic Of Ong 2018

Sempena kempen Magic Of Ong 2018, Tesco Malaysia menawarkan pelbagai harga promosi, termasuk baucar Tesco bernilai lebih RM500,000 melalui peraduan dalam talian.

Pelanggan boleh melayari www. tesco.com/ongmali untuk mendaftar dan 228 pemenang akan dipilih bagi memenangi baucar Tesco bernilai RM2,000.

Pemenang akan dipilih secara rawak setiap minggu bermula semalam hingga 4 Februari.

Selain itu, 11 pelanggan bertuah yang mendaftar berpeluang memenangi baucar tambahan bernilai RM4,000 apabila kod mereka terpilih pada ‘Lucky Day’.

Sementara itu, Hamzah berkata, orang ramai boleh memuat naik aplikasi Price Catcher di telefon pintar untuk mendapatka­n maklumat harga yang ditawarkan oleh pasar raya besar terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia