Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak ditutup tinggi di bawah paras tertinggi Disember 2014 semalam, disokong pemotongan bekalan oleh Pertubuhan NegaraNega­ra Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan Russia.

Harga lebih tinggi juga membayangi pasaran yang dihadkan oleh kenaikan di Amerika Syarikat (AS) dan peningkata­n aktiviti penggerudi­an di Kanada yang menunjukka­n peningkata­n lebih tinggi niaga hadapan di Amerika Utara.

Niaga hadapan minyak mentah Brent menokok kepada AS$70 satu tong semalam, disokong pemotongan bekalan yang diterajui oleh OPEC dan Russia, walaupun ia susut semula kepada AS$69.80 satu tong pada 0739 GMT, jatuh enam sen daripada penutup terakhir ekoran kebimbanga­n kenaikan penggerudi­an di Amerika Utara.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermedia­te (WTI) berada pada AS$64.35 satu tong, naik 5 sen daripada penutup terakhirny­a.

Keduadua penanda aras ditutup pada paras tertinggi sejak Disember 2014, dengan Brent mencecah AS$70.05 satu tong dan WTI pada paras tertinggi, iaitu AS$64.77.

Pasaran minyak disokong dengan baik oleh pemotongan bekalan yang diterajui OPEC dan Russia di mana ia bertujuan untuk meningkatk­an harga dengan mengurangk­an inventori minyak mentah global sedia ada.

“Dengan kos margin dijangka berada pada paras rendah AS$60 satu tong, 3.5 juta tong sehari (bpd) bagi kapasiti gantian dan 98 juta bpd permintaan, harga minyak semasa .... yang masuk akal,” kata Bernstein Energy dalam nota penyelidik­annya.

“Kami menjangkak­an kejutan inventori berterusan pada 2018 yang mana akan menyokong harga minyak.”

Pemotongan bekalan bermula Januari tahun lalu dan dijangka diteruskan pada 2018, menyaksika­n ia bertepatan dengan pertumbuha­n permintaan yang sihat, di mana ia menyebabka­n harga minyak tinggi lebih 13 peratus sejak awal Disember.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia