Berita Harian

FBM KLCI kekal momentum

Untung saham wajaran tinggi, ringgit kukuh lonjak indeks

-

Bursa Malaysia mengekalka­n momentum tinggi di sepanjang hari dan ditutup tinggi semalam, disokong oleh keuntungan saham wajaran tinggi, disokong ringgit yang kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Pada jam 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI ditutup pada 1,825.91, meningkat 3.24 mata berbanding 1,822.67 pada penutupan Jumaat, selepas dibuka 2.57 mata lebih tinggi pada 1,825.24.

Indeks bergerak antara 1,824.56 dan 1,827.25 sepanjang hari.

Kedudukan pasaran secara menyeluruh, rendah dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 685 berbanding 378, manakala 376 kaunter tidak berubah, 384 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5.40 bilion unit bernilai RM3.33 bilion berbanding 3.93 bilion unit bernilai RM3.28 bilion sebelumnya.

Seorang peniaga berkata, bursa Asia kebanyakan­nya tinggi semalam, menerima manfaat daripada prestasi kukuh Wall Street minggu lalu, manakala dolar AS merosot berbanding kebanyakan mata wang utama termasuk ringgit.

Beliau berkata, saham AS meneruskan keuntungan pada Jumaat, dengan mencatat paras tertinggi pada penutupan berikutan musim pelaporan pendapatan kini kembali, dengan keputusan kukuh bank dan jualan runcit yang tinggi yang mendorong keyakinan pelabur ke atas pertumbuha­n ekonomi.

Pada jam 5 petang, ringgit dise- but harga pada 3.9560/9590 berbanding dolar AS, meningkat berbanding 3.9750/9780 pada penutupan Jumaat.

Di papan skor, Indeks FBM Emas susut 18.30 mata kepada 13,204.30, Indeks FBMT 100 susut 15.35 mata kepada 12,847.31, Indeks FBM Emas Shariah susut 47.24 mata kepad 13,660.09, FBM 70 turun 147.46 mata kepada 16,479.70 manakala FBM Ace susut 85.34 mata kepada 6,820.44.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan merosot 0.25 mata kepada 17,210.66, Indeks Perusahaan susut 5.48 mata kepada 3,394.06 manakala Indeks Perladanga­n susut 13.42 mata kepada 8,124.40.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masingmasi­ng kekal pada RM9.85 dan RM20.88, TNB meningkat empat sen kepada RM15.82 manakala Petronas Chemicals menokok 10 sen kepada RM8.18.

Bagi kaunter aktif, UMW O&G dan P.A. Resources masingmasi­ng susut setengah sen kepada 41.5 sen dan 11 sen, dan Sapura Energy susut dua sen kepada 88 sen. Sumatec Resources menokok 3.5 sen kepada 10.5 sen.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.93 bilion unit bernilai RM3.08 bilion berbanding 2.61 bilion unit bernilai RM3.05 bilion Jumaat lalu.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 871.20 juta saham bernilai RM153.36 juta berbanding 665.68 juta saham bernilai RM127.37 juta.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 596.12 juta unit bernilai RM102.41 juta berbanding 606.83 juta unit bernilai RM99.3 juta.

Barangan pengguna menyumbang sejumlah 16.78 juta saham yang didagangka­n di Pasaran Utama, barangan perusahaan (847.04 juta), pembinaan (176.06 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (2.41 bilion), teknologi (145.22 juta), infrastruk­tur (6.13 juta), SPAC (1.58 juta), kewangan (61.60 juta), hotel (485,400), hartanah (90.02 juta), perladanga­n (50.35 juta), perlombong­an (8.08 juta), REIT (10.03 juta), dan dana tertutup (21,900).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia