Berita Harian

Prestasi kukuh Wall Street pacu bursa

-

Asia meneruskan permulaan tahun ini memberangs­angkan sehingga semalam dengan kebanyakan pasaran meningkat.

Bagaimanap­un, rekod kenaikan pasaran Hong Kong berakhir, manakala mata wang euro meneruskan kenaikan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Wall Street sekali lagi memberikan petunjuk kukuh disokong keyakinan terhadap pendapatan korporat dipacu pemotongan cukai Donald Trump serta tinjauan ekonomi global yang bertambah baik.

Hong Kong memulakan dagangan semalam pada paras tertinggi, meneruskan kenaikan untuk tempoh 15 hari berturut-turut menuju ke paras tertinggi sepanjang masa, namun ia berakhir apabila indeks ditutup susut 0.2 peratus.

Indeks Hang Seng (HSI) menokok lebih tujuh peratus disokong tarikan pelabur yang menilai indeks itu lebih murah berbanding Shanghai dan Shenzhen.

Meskipun mencatat kerugian, Pengarah Pengurusan Aset Ample Capital, Alex Wong, memberitah­u Bloomberg News, ada satu ‘kemungkina­n besar’ yang HSI akan memecah rekod tertinggi 31,958.41 yang dicapai pada Oktober 2007.

“Anda tidak mampu berdepan dengan trend kukuh ini,” katanya.

“Sentimen terlalu kukuh dan pelabur hilang sabar untuk menunggu ia menurun, Mereka lebih gemar ‘mengejarny­a’,” katanya.

Di pasaran lain, Tokyo menamatkan dagangan 0.3 peratus lebih tinggi meskipun yen mengukuh, dengan kaunter berwajaran tinggi, Softbank mencatat kenaikan lebih daripada tiga peratus berikutan laporan ia akan menyenarai­kan unit mudah alih dan menaikkan sehingga AS$18 bilion (RM71.2 bilion) bagi tawaran awam yang menjadi antara terbesar di Jepun.

Pasaran Sydney menambah 0.1 peratus, sementara Seoul dan Singapura, masing-masing naik 0.3 peratus.

Taipei, Bangkok dan Manila juga ditutup tinggi, manakala Wellington susut sedikit.

Shanghai susut 0.5 peratus se as mencatat 11 sesi menak

yang menyaksika­n indeks penanda aras bertambah lebih empat peratus.

Jakarta susut 0.1 peratus pada sesi dagangan petang, meskipun berdepan kejadian lantai runtuh di lobi bangunan sehingga mencederak­an sejumlah orang.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Tokyo menamatkan dagangan 0.3 peratus lebih tinggi meskipun yen mengukuh.
[ FOTO AFP ] Tokyo menamatkan dagangan 0.3 peratus lebih tinggi meskipun yen mengukuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia