Berita Harian

Aksesori keselamata­n di Pan Borneo jadi sasaran pencuri

-

Kuching: Kecurian aksesori amaran diletakkan kontraktor projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di negeri ini, menjadi antara punca kurangnya aspek keselamata­n pada laluan berkenaan, sekali gus dikhuatiri mengundang risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) negeri, Davina Agnes Enteli, berkata, berdasarka­n aduan kontraktor, kecurian itu berlaku di beberapa lokasi sepanjang projek mega itu.

Beliau berkata, aksesori yang menjadi sasaran utama pencuri adalah lampu berkelip, penghadang plastik dan papan tanda yang diperbuat daripada aluminium atau besi.

“Aksesori amaran dan peringatan yang diletakkan untuk keselamata­n pemandu kenderaan di sesetengah laluan Pan Borneo yang sedang dibina sering hilang, dan setiap kali diganti, ada sahaja yang mencurinya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Davina berkata, antara lokasi projek yang berhadapan masalah itu adalah di laluan Batu 11 hingga Batu 15, Jalan Kuching-serian.

Terima banyak aduan

Katanya, laluan itu menerima banyak aduan daripada pengguna jalan raya berhubung aspek keselamata­n kurang memuaskan, terutama pada waktu malam.

“Banyak aduan diterima mengenai projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di laluan ini, mungkin kerana ia di laluan trafik yang aktif.

“Namun, kecurian aksesori amaran keselamata­n menjadi punca kepada masalah ini dan bukannya kontraktor semata-mata,” katanya.

Justeru, Davina mengingatk­an kontraktor yang melaksanak­an projek Lebuhraya Pan Borneo, khususnya di laluan trafik yang aktif supaya sentiasa mematuhi Pelan Pengurusan Trafik, untuk memastikan tidak berlaku masalah, terutamany­a dari aspek keselamata­n kepada orang ramai.

Selain itu, beliau, berkata aduan lain yang sering didengar adalah mengenai terhadap kawalan lalu lintas atau ‘flag man’ yang tidak mahir.

“Mereka (flag man) sudah diberi latihan oleh polis mengenai cara mengawal lalu lintas, namun agak sukar juga untuk melaksanak­an kawalan dengan sempurna, terutama di laluan pembinaan berisiko tinggi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia